Dicatat Oleh: Bicara Marhaen
| 13:35:15 |
22042012
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada
anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan
malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.
Wanita yang hamil akan
dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan
dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan
isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment