(SEMUA
DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN)
Dicatat Oleh: Bicara
Marhaen | 13:01:51
| 14042012
KEKOSONGAN JAWATAN :
A.
Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT
GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.
Nikmat kubur.
2.
Perlindungan di Padang Mahsyar.
3.
Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.
Syurga yang kekal abadi.
TARIKH
TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara
mengejut bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI
TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam
barzakh).
KELAYAKAN
:
1.
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,
termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
2.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes
mata belalang atau kad kredit.
3.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta
emas yang anda kumpul.
4.
Anda tidak perlu berparas rupa yang
cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
5.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan
Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA
:
Malaikat Munkar dan Nakir.
ENAM
SOALAN BOCOR :
1.
Siapa Tuhan anda?
2.
Apa Agama anda?
3.
Siapa Nabi anda?
4.
Apa Kitab anda?
5.
Di mana Kiblat anda?
6.
Siapa Saudara anda?
CARA
MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu
penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila
masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu
dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
No comments:
Post a Comment