Sumber: http://panduanislam.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen |
01:23:02 | 15042012
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah SWT sebagai pendamping
manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia
yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w.
sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim.
Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong
dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat,
berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah SWT utuskan malaikat. Ia
akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka
terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang
lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan
pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum
melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat
melaksanakan perintah Allah SWT.
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah
s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa
cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai
Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?"
Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap
insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau
pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat
Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua
perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia
Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap
kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat
Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan
yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang
kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti
orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku
tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah,
apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir
itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga
minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya
apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh,
sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau
bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan
ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
v Cuba Bayangkan
sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin
melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan. Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas
dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
v Ingatlah ini dan
berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
v Jangan sekali kali
tewas dengan nya dan kembali seterusnya menuju di dalam jalan islam yang
sebenar !
No comments:
Post a Comment