Permainan burung marah atau lebih dikenali sebagai "Angry Birds" sangat popular pada ketika ini. Sudah tentu ramai yang pernah bermain dan mendengar mengenai permainan tersebut. Permainan ini mula popular di Malaysia pada awal tahun 2011 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun pelancarannya. Permainan ini dimajukan oleh salah satu syarikat Finland yang bernama Rovio Mobile. Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji usul-usul untuk permainan yang berpotensi.
Salah satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo, dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya. Ketika itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat,
Read More >>




