Dicatat Oleh: Bicara Marhaen |
01:45:12 | 18042012
Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT
berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.
" (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah
(perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai
khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana
kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang
mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai
khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya,
kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam:
"Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab:
"Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara
di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul
bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka
berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan:
"Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa
jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan
menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau
ceritakan kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan
menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil
Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah
mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka
mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud.
Puncak ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya
menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun
juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap
hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada
masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah
tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang
kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan
asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya
menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami
datang dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat: 11)
Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan
langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog
ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi
sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya
dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta
penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan
makna yang dalam.
Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan
Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka
bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau
bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu.
Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di
muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di
mana mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di
dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka
selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang
terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa
hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk
mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka
tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang
tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan
kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri.
Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak
ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan
keterbatasan ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan
meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog
antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan
penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog
terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk
mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa
tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal
yang sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi
bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu
karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan. Kebingungan
atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah
diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para malaikat dan
tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka
dengan Allah SWT dan penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya
kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba
Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang
tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya
yang tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu.
Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi
Adam adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya
bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi
dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan
membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan
keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada seorang pun
mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk
menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar
mereka mengenal Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan
barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah
apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat
dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia
menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan
jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui
bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh
sesama kita, manusia."
Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan
khalifah di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara
terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah.
Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat
harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut
adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah
hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah
Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah
kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud
semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang
yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di
dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh
kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur
tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur
hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam.
Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di
dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di
dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para
malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di
sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia
tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan
berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT
menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa
surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu
sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu
menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?
'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari
api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka
keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk.
Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata:
'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah
berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai
kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab:
'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu
yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83)
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia
merasakan suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta
kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan
memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa takut
saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu
rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat makhluk ini yang
membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia
lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa
salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa
api lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu
ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan
mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah
makhluk yang memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela.
Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis
tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai
hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati.
Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah
mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh abadinya.
Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.
Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya:
"Mengapa Anda tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para
malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda
menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab:
"Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya
dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana
para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi
yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter penciptaan mereka, mereka
adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk
terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis
ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga
menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak
berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka
mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di
sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan
kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan.
Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan
yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab.
Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam.
Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya
kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis
benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa
ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja
Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah
memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab.
Dia memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak
perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang
kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi
kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan
kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya.
Semua itu kembali kepada mereka.
Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan
kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan
balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari
pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT,
yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam
wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan,
sementara ia belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan
kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya.
Allah SWT berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu
dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan
benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi
Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di
sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas
dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui
sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak-
anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di
balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama
benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan
benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu
memang orang-orang yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan
khilafah. Para malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT
kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di
hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut
atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata
sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah
SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda
ini." (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah
SWT tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman:
'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang
benar.' Mereka menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa
yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah
kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka
nama benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu,
bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa
yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia
mengetahui kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka
tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka
sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran
yang disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang
mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia.
Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud
kepadanya sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di
muka bumi, di mana ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu
dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian
dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab
kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang
berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan
terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal
Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil
di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang
dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara
bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada
Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan
tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah,
dan tampak penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara
mereka:
Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya
tidur." Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau
begitu, kamu datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam
bertanya: "Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari
dirimu. Allah SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya:
"Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau
merasa tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku
memang merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam
menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau
menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan
dariku saat aku dalam keadaan hidup."
Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia
membagi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang
diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT
berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan
isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik
di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang
menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak
membicarakan tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu.
Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh
manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi
menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis
tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya.
Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah
ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat
bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat
yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima
ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami
sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil
berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang
dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua
merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami
pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga
dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna
kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia
tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa.
Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum
ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah
SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati
segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan
atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki
syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu
termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan
sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai
manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis
memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang
disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam
diri Nabi Adam.
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan
kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa
yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu
benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam
kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan
pohon itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka
lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka
lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan
tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian
memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia."
(QS. Thaha: 121)
Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi
bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap
pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi
Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah
setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang
dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah
SWT dalam hal kekekalan.
Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia
merasakan penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di
sekitarya dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia
mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia
mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan
isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang
terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari
syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga.
Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis.
kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan
Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang
asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan
dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari
bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga
yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya
ia darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam
dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya
kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat:
'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang.
Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu
dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu
berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu
tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya
kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di
dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata:
'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang
tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah
bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun
(yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya
memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah
berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu
menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk
dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan
tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)
Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga
kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar
kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada
malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka
bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan
menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan
tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi.
Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan
selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan
akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses
menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga
keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka
dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan
kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.
Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang
terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan
sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan
ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan
kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung jawab dari
perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT
mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan
kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada kebebasannya.
Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu
sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang
menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui
apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar
terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua
makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam
memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis
adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia
kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan
menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga
dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT
menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka
agar beristighfar dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al-
A'raf: 23)
Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya
ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi
Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia
menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan
nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara
keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga
sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar
(hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika
keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di
mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi
dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya
dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan
sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang
menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat
waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka
Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak
akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia
tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat
kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di
neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan
akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan
kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia
harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan
keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan
membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan
seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang
perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan
anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar
dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam
menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan,
yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka
bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak
yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil
dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban,
maka di terimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak
diterima dari yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara
kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk
menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud.
Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang
lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil:
'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku
sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku
takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita
kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai
syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh.
Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam, namun calon korban
pembunuhan itu berkata dengan tenang:
Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku
dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian
itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat
itu membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara
yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan
itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya
ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah.
Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang
tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat.
Anak laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur
darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam
saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas
bahawa saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan
korban dengan tenang dan tampak pucat wajahnya.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa
yang tak berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya
kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk
di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya
terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi
Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia
kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu
di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana
ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang
pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara
menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan
memikulnya. Tiba-tiba keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak
sehingga ia merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung
gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang
hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai
menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya
dengan paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia
menimbunkannya di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali
berteriak. Si pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara
kandungnya dan kemudian berteriak:
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak
mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku
ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang
telah dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah
orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling
utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil
"mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan
ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya.
Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu
anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan.
Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani
kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami
penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta
mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis
kepada mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau
menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan
menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya
sendiri.
Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang
silih berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu
malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun
pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau
sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak
setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan
tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari
air dan menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu,
di langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos
kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam
tampak lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa
Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan
janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari
dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya
dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa
hanya ada satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata
baginya yang dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan
senjata itu adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan
membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para
nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki
nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi
Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan
mengelilinginya. Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang
dalam, dan rohnya mencium bau bunga syurga.
No comments:
Post a Comment