Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Showing posts with label JOM Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label JOM Muhasabah. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:02:27  |  06052012


Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’atkepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Read More >>

Sunday, April 22, 2012

Wanita dan Isteri SOLEHAH

Sumber: http://johorborn.blogspot.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:35:15  |  22042012


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Read More >>

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Sumber: http://duniaorangsingle.blogspot.com 
Dicatat Oleh:  -Bicara Marhaen-  |  11:25:02  |  05042012


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1.      Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2.      Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3.      Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Read More >>

Sunday, April 15, 2012

Lakukan Muhasabah Diri

Catatan: Bicara Marhaen  |  01:58:07  |  16042012


Jika kita mempunyai keazaman untuk memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita, apa yang harus dan sepatutnya kita perlu buat adalah ‘MUHASABAH DIRI’.

Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas kita melakukan setiap amal, agar hati kita sentiasa tenteram dan tidak menyeleweng dari ketetapan Allah SWT dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.

Mengikut Ibnu Qudamah: "Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Read More >>

Friday, April 13, 2012

100 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  14:36:08  |  14042012


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Read More >>

TEMUDUGA TERTUTUP


(SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN)

Sumber: http://www.facebook.com (Harlina Binti Ahya Ulumuddin) / Mohamad Saufi Al Wildan
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:01:51  |  14042012


KEKOSONGAN JAWATAN :
A.           Ahli Syurga Dari Awal.
B.           Ahli Neraka Dari Awal.
C.          Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.            Nikmat kubur.
2.            Perlindungan di Padang Mahsyar.
3.            Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.            Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara mengejut bermula dari saat membaca iklan ini.
Read More >>

Wednesday, April 4, 2012

6 Perkara Allah SWT Sembunyikan

Sumber: http://www.facebook.com (Pencinta Rasulullah SAW)  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  1:20:30  |  05042012



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” 

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad SAW. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, tetapi sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Read More >>

Monday, April 2, 2012

Kehebatan Solat Di Awal Waktu

Sumber: iluvislam.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  18:19:08  |  02042012

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Read More >>

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran


Sumber: iluvislam.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:57:34  |  02042012

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
Read More >>

JOM! Muhasabah : 03

Sumber: http://appleohapple.blogspot.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:48:22  |  02042012
1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong.
2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya.
3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara'nya.
4. Sesiapa yang kurang wara'nya nescaya hatinya mati.

Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah SWT. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap Allah SWT.
Read More >>

JOM! Muhasabah : 02

Sumber: http://www.youtube.com/  |  Dikumpul Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:35:45  |  02042012


Kita suka apabila di puji.....
Tetapi...... kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam semulajadi?
Kita juga sangat suka apabila kita dicintai.....
Tetapi.... kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izatti?
Kenapa kita jadi begini?
Ketuk hati.... Koreklah peribadi
........Muhasabah diri........


* Kisah Kolam Al Kauthar


* Hukum Hudud 1


Read More >>

JOM! Muhasabah : 01


Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  15:24:12  |  02042012

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah : Ayat 286)
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...