Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam
bidang fotografi, betul tak?
Waktu
Subuh
Sebagai contoh, pada waktu
Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau
waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Di sini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan
diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu
Zohor
Warna alam seterusnya
berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning
menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai
rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria
tak?
Waktu
Asar
Kemudian warna alam akan
berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah
kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu
Magrib
Menjelang waktu Maghrib,
alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna
pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna
jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib
dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu
Isyak
Apabila masuk waktu Isyak,
alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak.
Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam
Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam
mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di
mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas
perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya.
Semuanya dicipta untuk
menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam
sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah SWT
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini
amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali
bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment