Insan KAMIL bermaksud manusia sempurna. Perkataan ini berasal
dari kata AL-INSAN yang bererti ‘manusia’ dan AL-KAMIL yang bererti ‘sempurna’.
Konsep filosofi ini bermula dari gagasan tokoh sufi Ibnu Arabi, iaitu oleh
Abdul Karim bin Ibrahim al-Jili (1365-1428), pengikutnya, gagasan ini
dikembangkan menjadi bahagian dari renungan mistik yang bercorak tasawuf
filosofi.
Al-Jili merumuskan insan kamil ini dengan merujuk pada
diri Nabi Muhammad SAW sebagai sebuah contoh manusia ideal. Jati diri Muhammad
SAW(al-haqiqah al-Muhammad) yang demikian tidak semata-mata difahami dalam
pengertian Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT, tetapi juga sebagai nur
(cahaya/roh) Ilahi yang menjadi asas kehidupan di alam maya ini.
Nur
Ilahi kemudian dikenali sebagai Nur Muhammad oleh kalangan ahli sufi, disamping
terdapat dalam diri Muhammad juga dipancarkan Allah SWT ke dalam diri Nabi Adam
AS. Al-Jili dengan karya monumentalnya yang berjudul al-Insan al-Kamil fi
Ma’rifah al-Awakir wa al-Awa’il (Manusia Sempurna dalam Konsep Pengetahuan
tentang Misteri yang Pertama dan yang Terakhir) memulakan pembicaraannya dengan
mengidentifikasikan insan kamil dengan dua pengertian. Pertama, insan kamil
dalam pengertian konsep pengetahuan mengenai manusia yang sempurna. Dalam
pengertian demikian, insan kamil terkait dengan pandangan mengenai sesuatu yang
dianggap mutlak, iaitu Tuhan. Yang Maha Mutlak tersebut dianggap mempunyai
sifat-sifat tertentu, iaitu yang baik dan sempurna.
Sifat
sempurna inilah yang patut pelajari oleh manusia. Seseorang yang ingin menjadikan
dirinya dan beramal ke arah sifat sempurna, maka semakin sempurnalah dirinya.
Kedua, insan kamil berkait dengan jati diri yang mengidealkan kesatuan nama
serta sifat-sifat Tuhan ke dalam hakikat atau inti dirinya. Dalam pengertian
ini, nama esensial dan sifat-sifat Ilahi tersebut pada dasarnya juga menjadi
milik manusia sempurna bila adanya hak fundamental, iaitu sebagai suatu keperluan
yang semulajadi dalam esensi dirinya.
Bagi
al-Jili, manusia dapat mencapai jati diri yang sempurna melalui latihan rohani
dan kepercayaan yang ghaib, bersamaan dengan turunnya Yang MAHA Mutlak ke dalam
diri manusia melalui pelbagai tingkat. Latihan rohani ini bermula dengan
manusia bertafakur tentang nama dan sifat-sifat Tuhan, dan mula mengambil bahagian
dalam sifat-sifat Illahi serta mendapat kekuasaan yang luar biasa.
Pada
tingkat ketiga, ia melintasi daerah nama serta sifat Tuhan, masuk ke dalam
suasana hakikat mutlak, dan kemudian menjadi “Manusia Sempurna” atau Insan Kamil.
Matanya menjadi mata Tuhan, kata-katanya menjadi kata-kata Tuhan, dan hidupnya
menjadi hidup Tuhan (nur Muhammad). Muhammad Iqbal tidak setuju dengan teori
para sufi seperti pemikiran al-Jili ini. Menurutnya, hal ini membunuh hakikat
diri dan melemahkan jiwa. Iqbal memang memandang dan mengakui Nabi Muhammad SAW
sebagai insan kamil, tetapi tanpa penafsiran secara mistik.
Insan
kamil versi Iqbal tidak lain adalah sang mukmin, yang dalam dirinya terdapat
kekuatan, wawasan, perbuatan, dan kebijaksanaan. Sifat-sifat luhur yang
tertinggi seperti ini wujud dan tergambar dalam akhlak Nabi SAW. Insan kamil
bagi Iqbal adalah sang mukmin yang merupakan makhluk yang mengamalkan
atau mengajarkan kebaikan dan keadilan, yang dianugerahkan dengan
kemampuan rohani dan agama. Untuk menumbuhkan kekuatan dalam dirinya, sang
mukmin sentiasa meresapi dan menghayati akhlak Ilahi. Sang mukmin menjadi tuan
terhadap nasibnya sendiri dan secara tahap demi tahap mencapai kesempurnaan.
Iqbal melihat, insan kamil dicapai melalui beberapa proses. Pertama, ketaatan
pada hukum; kedua penguasaan diri sebagai bentuk tertinggi, kesedaran diri
tentang peribadi; dan ketiga kekhalifahan Ilahi.
Sumber : ensklopedi Islam terbitan ikhtiar baru van hoeve
No comments:
Post a Comment