Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Monday, March 26, 2012

Di Sinilah, MINDA ku Berbicara…..

Dicatat Oleh : -Bicara Marhaen -  |  0243am  |  27Mac2012


Selalunya…. Bila saja sepertiga malam, MINDA ku ingin berkata-kata….. Ketenangan jiwa, fikiran dan kelapangan dada perlu dicapai segera….  Ini bermaksud, bila minda membuka ucapan, semua pertimbangan kemanusiaan di luar sana, perlu diteliti…. Agar Keredhaan Allah SWT sentiasa dapat dicapai….. Lantas bingkas memulakan pengabdian, demi mencapai ketenangan yang dihajati…. Semoga dengan ketenangan yang diperolehi, mampu mencatatkan bicara yang rasional dan menuruti kehendak naluri kemanusiaan dan yang paling penting berada pada landasan akidah yang syumul…..

Segera menjamah kesejukan pagi untuk menyempurnakan WUDUK, menurut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Semoga WUDUK ku SAH di sisi ILAHI SWT…. Munajat dalam TAHAJJUD, memberikan ketenangan yang sebenar-benarnya…. ALHAMDULILLAH…… Selepas selesai TAHAJJUD 2 Rakaat, baharulah MINDA tenang membicarakan ungkapan-ungkapan yang dihajati, demi upaya mencari Keredhaan ALLAH SWT….. Terfikir sejenak…… Rutin harian, sibuk dengan tugasan pelbagai rekaan duniawi pada siangnya…. Demi sesuap nasi dan nafkah isteri anak-anak, Segala tugas perlu dilangsaikan….. Grafik, Printing, Photografi, Baiki Komputer, Karya Ilmiah dan sebagainya, menjadi rutin hidupku  seharian bermula sewaktu matahari di ufuk timur sehinggalah melambaikan perpisahan di ufuk barat….. Sudah tentunya MINDA ku terbeban dengan pencarian IDEA kreatif yang mencabar….. Alhamdulillah…. MINDA ku perlu direhatkan dengan segera agar dapat bekerja semula dengan segar keesokannya…. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...