Ilmu pengetahuan merupakan
sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi
menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat
terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia
dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.
Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan
pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta
kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah
mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman
Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
ô`¨Br& uqèd ìMÏZ»s% uä!$tR#uä È@ø©9$# #YÉ`$y $VJͬ!$s%ur âxøts notÅzFy$# (#qã_ötur spuH÷qu ¾ÏmÎn/u 3 ö@è% ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôèt tûïÏ%©!$#ur w tbqßJn=ôèt 3 $yJ¯RÎ) ã©.xtGt (#qä9'ré& É=»t7ø9F{$# ÇÒÈ
Maksud:
“Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan
orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna.” (Surah Az-Zumar Ayat 9)
“Barangsiapa
yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang hendakkan
akhirat hendaklah ia berilmu dan barangsiapa hendakkan dunia dan akhirat
hendaklah dia berilmu“.
Jelaslah kepada kita bahawa kesenangan
dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bukanlah dapat dicapai dengan pangkat,
kedudukan, harta mahupun kekayaan tetapi semua itu mampu dan hanya boleh diraih
dengan ilmu pengetahuan. Kita juga menyaksikan bahawa segala permasalahan, kepincangan,dan
malapetaka yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini berpunca dari kejahilan.
Kita melihat contoh yang nyata berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti
kes penceraian, buang anak, rasuah, dan perpecahan adalah berpunca dari
kejahilan terhadap ilmu agama.Islam menjadikan salah satu tuntutan yang mesti
dilakukan oleh umat Islam ialah menuntut ilmu.
Sabda nabi
Solallahu ‘alaihi wasallam yang ertinya:
“Menuntut
ilmu merupakan satu kefardhuan bagi setiap muslim”. (Hadis
riwayat Ibnu Majah – hadis nombor 224 dan ia disahihkan oleh al Albani dalam
semakannya terhadap Sunan Ibn Majah. Hadis ini juga dinilai sebagai hadis hasan
oleh Basyar Awwad Ma’ruf dalam kajiannya terhadap Sunan Ibn Majah).
Ramai dalam kalangan kita atau
masyarakat Islam pada hari ini berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan
sebanyak mungkin. Ia bertujuan memperhambakan diri kepada Allah, supaya dengan
amalan-amalan tersebut berupaya mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah
SWT. Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya kita
mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang untuk diterima
sesuatu amalan tersebut.
Terlebih dahulu, perlu kita ketahui apa
yang dimaksudkan dengan ibadah itu sendiri? Ibadah adalah segala sesuatu yang
meliputi apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT serta meninggalkan apa
yang dilarangNya sama ada perkataan atau perbuatan dengan berpandukan Al-Quran
dan Sunnah RasulNya.
Firman
Allah ‘Azza Wa Jalla:
$oY/u w ùøÌè? $oYt/qè=è% y÷èt/ øÎ) $oYoK÷yyd ó=ydur $uZs9 `ÏB y7Rà$©! ºpyJômu 4 y7¨RÎ) |MRr& Ü>$¨duqø9$# ÇÑÈ
Maksud
: “Barangsiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka
sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat
nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.” [Surah Ali
Imran, ayat 8 ]
Setelah berada di atas jalan Islam,
prinsip yang paling utama dan perlu dijaga supaya kita sentiasa berpegang teguh
dengan prinsip akidah yang benar dan sekaligus menjauhi segala bentuk kesyirikan.
Allah Subahanahu Wa Ta’ala berfirman:
tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä óOs9ur (#þqÝ¡Î6ù=t OßguZ»yJÎ) AOù=ÝàÎ/ y7Í´¯»s9'ré& ãNßgs9 ß`øBF{$# Nèdur tbrßtGôgB ÇÑËÈ
Maksudnya
: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu
adalah orang-orang yang beroleh petunjuk.” (surah Al-An’am, ayat 82)
Perbuatan syirik adalah suatu perbuatan
yang menggugat kemurnian akidah dan boleh mengakibatkan seseorang itu terkeluar
dari landasan Islam yang sebenar. Akibat dari perbuatan syirik, amalan-amalan
lain akan menjadi lenyap terhapus dan tidak lagi bermakna.
Ini
adalah sebagaimana firmanNya:
ôs)s9ur zÓÇrré& y7øs9Î) n<Î)ur tûïÏ%©!$# `ÏB Î=ö6s% ÷ûÈõs9 |Mø.uõ°r& £`sÜt6ósus9 y7è=uHxå £`tRqä3tGs9ur z`ÏB z`ÎÅ£»sø:$# ÇÏÎÈ
Maksud:“Dan
sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi
yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya, jika engkau (dan
pengikut-pengikutmu) menyekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) sudah pasti
segala amalanmu akan terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang
rugi.” (surah Az-Zumar, ayat 65 )
Oleh itu, perlulah kita menitik-beratkan
tentang peri pentingnya akidah yang benar. Kerana dengan aqidah yang benar, ia
akan menjauhkan kita dari lembah kesyirikan. Sekaligus, dengan murninya akidah
dan jauhnya kita dari lembah kesyirikan, maka Allah akan menerima amal-amal
yang kita usahakan serta memberi ganjaran pahala yang besar.
Akidah yang benar hanya dapat dikenal
pasti melalui ilmu yang benar. Tidak dapat tidak, untuk membina dasar-dasar
akidah yang murni dalam diri kita adalah perlu ditangani dengan ilmu. Begitu
juga untuk mengenali batas-batas perbuatan yang boleh menjerumuskan kita kepada
kesyirikan daripada kebenaran, juga perlu dengan ilmu.
Begitu juga persoalan amal ibadah perlu
dengan ilmu dan pengetahuan yang jelas. Amal ibadah yang dilakukan mengikut
hawa nafsu semata-mata, tanpa melihat dan mengetahui bagaimana tatacara yang
sebenarnya ditunjuk oleh baginda Rasulullah SAW adalah sia-sia. Allah menegah
kita daripada melakukan sesuatu tanpa ilmu yang jelas. Maka, sebelum kita dapat
melaksanakan ibadah dengan sempurna, perlulah kita memulakannya dengan menuntut
ilmu.
Kerana
Allah Ta’ala berfiman:
wur ß#ø)s? $tB }§øs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# u|Çt7ø9$#ur y#xsàÿø9$#ur @ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ
Maksudnya
: “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan jantung hati, semuanya
itu akan diminta bertanggungjawab”. (Surah Al-Isra’, ayat 36)
Melakukan amal ibadah berpandukan
al-Quran dan Sunnah nabi merupakan satu perkara yang amat penting. Dan tidaklah
diterima sesuatu amalan itu jika tidak terdapat contoh atau saranan daripada
al-Quran dan Al-Sunnah. Dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan bahawa jika
benar kita mencintai Allah, maka hendaklah kita mengikut apa jua yang ditunjuk
dan diajar oleh nabi Muhammad SAW sebagaimana firmanNya:
ôs)©9 tb%x. öNä3s9 Îû ÉAqßu «!$# îouqóé& ×puZ|¡ym `yJÏj9 tb%x. (#qã_öt ©!$# tPöquø9$#ur tÅzFy$# tx.sur ©!$# #ZÏVx. ÇËÊÈ
“Demi sesungguhnya, pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharap
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada pada waktu susah, mahu pun
senang).” (surah Al-Ahzab, ayat 21)
Allah SWT turut melarang sebarang
tindakan dalam amalan agama yang dilakukan tanpa persetujuan dariNya dan
RasulNya. Firman Allah SWT :
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä w (#qãBÏds)è? tû÷üt/ Äyt «!$# ¾Ï&Î!qßuur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ììÏÿx ×LìÎ=tæ ÇÊÈ
Maksudnya
: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan
Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui.” ( surah Al-Hujurat, ayat 1)
Konklusinya, marilah kita melaksanakan
amalan kita berdasarkan prinsip-prinsip ilmu yang benar dan sahih, wajib untuk
kita mengiringinya dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Taala.
Tanpa sifat ikhlas dan mengikut Nabi Solallahu ‘alaihi Wasallam, amal-amal kita
juga masih tetap tidak akan diterima dan menjadi tidak bermakna sedikit pun di
sisi Allah. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah ‘Azza Wa Jalla.
Sumber: Syabab As-Sunnah
No comments:
Post a Comment