Sumber: http://www.harian-metro-online.com
| Dicatat: -Bicara Marhaen- | 0514pm | 28MAC2012
Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing
ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila
mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih.
Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka.
Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2
mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama
bermuhasabah.
Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan
mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib
dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan
tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:
Maksudnya:
“Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah
al-An`am, 6:18)
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak
disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam
itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)
Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai
manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.
Di dalam video-video ini, ia cuba membawa
perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan
yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan
bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila
menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah
diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:
Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:
“Mereka tenang
dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan
apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama
berbanding kebanyakan manusia.”
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan,
ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau
di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut
dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga
kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Jika dibandingkan dengan cara orang kafir
menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira
perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali
sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh
ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia
dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi
kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan
ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah
ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.
“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau
akan selamat sejahtera.
No comments:
Post a Comment