Kaabah
yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika
menunaikan solat.
Diriwayatkan
bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang
daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah
membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga
lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
ALLAH telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana
firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ . Dalam menceritakan kisah
perjalanan Mikrajnya, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa baginda dibawa
melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya :
‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat
masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai
yang terakhir’.Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur.
Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim AS:
1.
Tinggi Kaabah sembilan hasta.
2.
Panjang dari paras bumi atau dari
Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
3.
Lebar Kaabah dari bahagian saluran air
bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22
hasta.
4.
Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat
hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
5.
Lebar di paras bumi bermula dari penjuru
sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
6.
Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat
ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah
Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
7.
Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi
Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua
penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk
berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang
terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim
ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim,
ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari
Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan
sehingga sekarang.
Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan
Kaabah.
v
Binaan pertama: Malaikat
v
Binaan kedua: Nabi Adam
v
Binaan ketiga: Nabi Syith
v
Binaan keempat: Nabi Ibrahim
v
Binaan kelima: Kaum Amaliqah
v
Binaan keenam: Kaum Jurhum
v
Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat
Masihi)
v
Binaan kelapan: Abdul Mutalib
v
Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605
Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
v
Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64
hijrah)
v
Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi
(Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
v
Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040
hijrah/1630 masihi)
Sejarah Pembinaan Kaabah (Baitullah)
SEJARAH
ibadat haji di Tanah Suci Mekah bermula ketika Nabi Adam as diperintahkan turun
ke bumi oleh Allah swt. Sejurus beberapa ketika di muka bumi, Allah swt
memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul
Makmur di langit. Baitul Makmur adalah tempat ibadat para penghuni langit
mengerjakan ibadat tawaf sepertimana yang dilakukan oleh penghuni bumi di
Baitulullah(membawa maksud Rumah Allah). Baitul Makmur terletak di
langit ketujuh.
Menurut
riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Mekah dipilih sebagai tempat pembinaan
Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam
malaikat. Diibaratkan bahawa jika Baitul Makmur jatuh ke muka bumi, maka ia
akan terhempap ke Baitullah di Mekah disebabkan kesejajarannya itu.
Baitul
Makmur adalah tempat khusus yang dicipta Allah khusus untuk malaikat melakukan
tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini
kerana Arasy kawasannya amatlah luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin
menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.
Sebelum
terciptanya Baitul Makmur, para malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil
beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka
kepada AllahYang Maha Agung.
Kaabah
Binaan Pertama Manusia Untuk Mengesakan Allah SWT
Mengenai
pembinaan Baitullah atau Kaabah sebagai binaan pertama manusia bagi tujuan
ibadat kepada Allah swt, ia dapat dirujuk daripada firman Allah dalam surah
al-Imran ayat 96 yang bermaksud:,
“Sesungguhnya
rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di
Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”
Sebaik
saja semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta
keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ sepertimana yang dilakukan oleh
para malaikat dan penghuni langit di Baitul Makmur.
Tempat
Ibadat Para Malaikat Di Bumi
Selain
daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, Baitullah di Mekah
turut menjadi tempat tawaf para malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini. Ia
turut menjadi tumpuan para aulia Allah dan orang alim daripada seluruh dunia
kerana keberkatan bumi Allah Mekah ini.
Keberkatan
kota Mekah yang menempatkan Baitullah ini adalah hasil doa Nabi Ibrahim as yang
memohon kepada Allah swt untuk mengutuskan seorang Rasul bagi membimbing
penduduk Mekah. Ia telah telah terakam dalam Al-Quran dalam surah al-Baqarah
ayat 129:
Ya
Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al
Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Kaabah
Selepas Wafatnya Nabi Adam AS
Selepas
Nabi Adam as wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Diriwayatkan bahawa
binaan pertama daripada Nabi Adam as hanya diperbuat daripada kepingan-kepingan
kayu yang disusun berbentuk segi empat sama dan tidak berbumbung.
Seterusnya,
Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith as untuk
membina semula Kaabah di tempat sama. Syith as juga merupakan seorang Nabi
Allah yang diutuskan Allah swt sebagai pengganti Nabi Adam as. Lahirnya Syith
as adalah sebagai galang ganti kepada Habil as yang telah dibunuh oleh
abangnya, Qabil. Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as tersangat sedih atas kematian
Habil as yang dikasihinya dan dengan itu Allah swt telah mengurnaikan seorang
anak iaitu Syith as dengan rupa dan ketakwaannya persis Nabi Adam as.
Namun,
banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh telah meruntuhkan binaan Kaabah
sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah.
Terkenal
dengan kepatuhannya kepada perintah Allah swt, Nabi Ibrahim as dan anaknya,
Nabi Ismail as membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat
daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith as yang runtuh
akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.
Ini
disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 26 hingga 27,
“Dan
ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami
berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan
bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri
dan yang rukuk serta yang sujud.”
“Dan
serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan
datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang
datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”
Firman
Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud, “Kemudian hendaklah mereka membersihkan
dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf
akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
Pembinaan
Kaabah Oleh Nabi Ibrahim AS
Pembinaan
Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah.
Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul
Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian
yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Selepas
menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula
mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat
haji.
Pembinaan
Dan Membaikpulih Kaabah Sepanjang Zaman
Beberapa
ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan
membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan. Menurut tradisi
Islam, Kaabah dibina semula 12 kali sejak pembinaan pertamanya oleh Nabi Adam
as. Para Sejarahwan pula berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12
kali.
Lebar
ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
·
Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci.
·
Dinding Hatim adalah 33 kaki.
·
Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani
adalah 30 kaki.
·
Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini
berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).
Pembinaan
semula Kaabah juga pernah dilakukan oleh kaum Quraish ketika zaman Rasulullah
saw. Dalam peristiwa ini, Rasullulah saw turut mengambil bahagian dalam salah
satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Dalam
peristiwa inilah Rasullulah terkenal di seluruh Mekah dengan gelaran al-Amin.
Antara
proses pembaikpulih lain yang pernah dilakukan oleh masyarakat setempat adalah
membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh,
Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian
dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Mekah.
Kemudian
Kaabah diperbaiki lagi dengan:
·
Membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah
oleh seorang raja dari Yaman.
·
Pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan
Qusai bin Kilab.
·
Pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy
dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.
·
Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh
panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah
pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di Kota Mekah.
Salam.....
ReplyDeleteGud... TQ, info Baitul Makmur yg jelas lagi menarik sekali....
Satu Kaabah dilangit satu Kaabah dibumi itulah pusat bumi.
Dilangit bayangannya kot2 itulah putaran buruj Bima Sakti.
Dibumi Kaabah diMekah Muslim bertawaf Umrah dan Haji.
Kaabah dibina berada atas tanah Nabi Ibrahim AS dilupai.
Siapa pewaris terakhir Nabi Ibrahim AS mahulah diketahui.
Tunggulah kedatangan Imam Mahdi menuntut hak mengadili..
subhanallah
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sekiranya Baitul Makmur itu berada betul-betul di atas Kaabah, apabila Bumi berputar kedudukan Kaabah tidak lagi menjadi betul-betul di bawah Baitul Makmur.
ReplyDeleteBro kaabah ni pusat bumi.. So Alan apa yg awk ajukan nie
DeleteU tengok pusingan orang tawaf... Mcm bumi berpusing kan... Kau faham x aku bg penerangan nie
DeleteBuy Man's Titanium Armlets from Merkur | Stainless Steel
ReplyDeleteBuy titanium ring Man's Titanium Armlets from Merkur titanium vs ceramic flat iron in the Store at T-Mobile. where can i buy titanium trim titanium road bike Merkur 38C, 38C, 38C, 32C titanium trim hair cutter reviews and 38C, Merkur - Adjustable Handle Rating: 3 · 11 reviews · $2.95
Pusingan ibarat roda impian.. Klu u tengok org tawaf... Kaabah turut berpusing ke.. Harap faham ya..
ReplyDeleteI bear a witness that there is no god except Allah and I bear a witness that Muhammad is the messenger of Allah .All other religion is wrong, Islam is the truth .All other religion book is wrong ,Islam book is true like Quran ,Zabur ,Taurat and Injil and prophet muhammad hadith and sunnah book is true . Shirk is haram in Islam .She is not a god and goddess doesnt exist ,god doesnt have gender and only Allah is god .Please cover your awrat for both men and women because showing awrat is haram .Please delete all video and picture that showing awrat and showing beer and do all haram thing in Islam.Please delete all pornography website and never support israel .Jesus is not god only Allah is god .It is haram for men to look like women and it the haram for women to look like men.It is haram for women to sing infront of non mahram man and it is haram for man to hear women non mahram singing.Please delete the part that have women singing.Masturbation and zina is haram in Islam.Stealing and talk bad about other muslim is haram in Islam.Being bad is not something to be proud of and hell is not something to be make fun of .Having sex through anus is haram .Hindu is wrong religion .Only Allah is god.Stop naming planet and star with something shirk because shirk is haram and Only Allah is god
ReplyDeleteBetul sekali, bergantung pada Allah adalah penting dalam setiap langkah hidup kita, termasuk dalam memilih arah pendidikan dan karier. Doa, usaha, dan kepercayaan kepada Allah adalah asas penting dalam menghadapi cabaran dan mencapai matlamat kita.
ReplyDeleteHaving sex is permitted with husband and wife only.Having sex through anus is haram
ReplyDeleteDont insult Allah and Islam
ReplyDeleteDelete video yang ada perempuan menyanyi dan lagu perempuan bukan mahram
ReplyDeleteHukum perempuan nyanyi depan bukan mahram itu haram dan hukum lelaki dengar perempuan bukan mahram nyanyi itu haram
ReplyDeleteLakukan ibadah kepada Allah seperti haji,umrah, solat wajib dan sunat ,berzikir dan semua benda wajib dan sunat kepada Allah
ReplyDeleteJangan couple ,couple itu haram
ReplyDelete