Siapakah bangsa Yahudi ini
?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran -
lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah
nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan
bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai
Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak
adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali
sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS
adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di
dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala
bendahara negeri Mesir. Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya
mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari
Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang
dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani
Israel, Allah S.W.T telah mengirim nabi Musa A.S masa itu, dan memerintahkannya
untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir. Musa A.S dan kaumnya meninggalkan
Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal
di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa
memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat,
bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS
menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama
pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai
Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara. Ini
adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama
senibina.
Di Baitul Maqdis
(Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani
Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para
nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah. Setelah kematian nabi Sulaiman,
kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria
dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem). Dengan berlalunya
waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir
sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang
Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di
sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia. Pada
tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM
berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Terbentuknya
Israel
Setelah itu orang Yahudi
hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi
dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada
kerajaan Othmaniyah. Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization
Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan
membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun
1881.
Kronologi
Penubuhan Israel
1896 Theodor Herzl Yahudi
kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya
untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong
oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga
dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya
sendiri.
Theodor
Herzl
1914 Di Palestine tinggal
1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia
pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di
sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November
menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk
membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul
Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan Negara-negara
menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi
orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya
negara Yahudi di Palestine.
1922 Transjordania
dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish
Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku
penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab
menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu
oleh tentera Inggeris.
(Gambar
Atas - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )
1937 Sesudah pemerintah
Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah
ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang
Inggeris.
1939
Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris
Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi
kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi -
Palestine.
1947 UNO menganjurkan
pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara
Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri
Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi
memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh
negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan
Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan
perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel
memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah
negara.
(Gambar Peta pembahagian Palestine oleh PBB
pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Palestin dulu dan kini
-->Bertanda Hijau -
Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah -
Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
-->Bertanda Biru Muda -
Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al
Musalla Al-Marwani
Gambar Atas - Propaganda
Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa
No comments:
Post a Comment