Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Baitul Maqdis Adalah Sejarah & Masa Depan Ummah


Tulisan: Dr. Muzammil H.Siddiqi, mantan Presiden Persatuan Islam Amerika Utara
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:26:20  |  26042012


Baitul Maqdis adalah terlalu suci buat umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitul Maqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci).

Dalam usaha untuk memahami kesucian Bandar ini, seseorang itu perlu memahami struktur iman di dalam Islam.

Terdapat tiga prinsip asas:

  • Percaya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (Tauhid).

  • Percaya bahawa petunjuk Ilahi disampaikan menerusi rasul-rasul dan nabi-nabiNya yang terpilih (Risalah).

  • Percaya bahawa wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat), Hari pembalasan dan Syurga serta Neraka.
Read More >>

Penggalian Lubang Di Bawah Masjid Al-Aqsa Oleh Yahudi

Sumber: http://ustazdonut.blogspot.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  15:15:16  |  22042012


Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.
Read More >>

Sunday, April 22, 2012

Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh as

Sumber: http://fitrahworld.blogspot.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  16:40:24  |  22042012


Allah SWT berfirman dalam Surah Hud : ayat 36-49

Bismillahirrahmanirrahim….

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (46) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
(Surah Hud : ayat 36-49)

Lebih kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum peradaban kita sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat dasyat. Dan banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas. 

Read More >>

Sunday, April 15, 2012

Haikal Sulaiman

Sumber: http://visi-sufi.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  00:34:05  |  16042012


Jika sebelumnya kaum Zionis ini secara bersembunyi, bahkan berdolak dalih, namun bulan Februari lalu mereka telah menyatakan secara terbuka, ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa. Mereka sudah lama berusaha untuk merobohkan Masjid al-Aqsa kerana keinginan mereka untuk membangun kembali Haikal Sulaiman (The Solomon Temple), di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa. Tetapi mereka masih menyembunyikan matlamat mereka.

Haikal Sulaiman dipercayai didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s, 370 tahun kemudian bangsa Babylon menakluk Jerusalem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentera Parsi yang dipimpin Cyrus menakluki Yerusalem dari tangan Babylon dan membangun semula Haikal Sulaiman.

Read More >>

Friday, April 13, 2012

Nabi Musa Membelah Laut di Laut Merah BENAR!!

Sumber: http://beritasemasa.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  11:36:02  |  14022012

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Read More >>

Monday, April 2, 2012

Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi


Tulisan Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis. Kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom.
Sumber: http://www.malaysiakini.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen  |  21:15:23  |  01042012

Semalam saya bermusafir dari UK ke Jordan. Saya hadir memenuhi undangan para pelajar Malaysia di sini. Ada seminar yang sedang berlangsung. Sebanyak empat sesi untuk saya.
Asalnya, saya macam ‘berusaha' untuk tidak memenuhi undangan yang datang dari pelbagai pihak sepanjang berada di Oxford kerana ingin menumpukan kepada tugasan saya.
Pelbagai jemputan khususnya dari para pelajar dan Malaysia dari Eropah, saya tidak masih tangguhkan.
Saya pernah berkata kepada beberapa sahabat: "Rasanya jemputan yang saya dapat melebihi hari-hari yang ada".
Tapi, saya terima undangan dari Jordan, sekalipun jauhnya lima jam penerbangan. Sedangkan saya baru sahaja selesai ibadah umrah beberapa hari lepas di Mekah. Saya datang juga kerana di sini tempat saya belajar dahulu.
Read More >>

Islam, Anwar dan Yahudi


Tulisan Oleh:
Bekas pensyarah Jabatan Sejarah dan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM
Sumber: http://www.malaysiakini.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  21:07:08  |  01042012

Kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai kedudukan Israel telah memadamkan isu liwat yang dimainkan sekian lama oleh media arus perdana sepertiUtusan Malaysia dan TV3.
Walaupun mereka tahu yang Malaysia telah menjadi rakan dagang ke-15 Israel malah perdana menteri Malaysia dahulu sendiri pernah bertemu perdana menteri Israel, namun sikap hipokrit mereka tetap berterusan. Tanpa segan silu mereka mengolah skrip untuk memfitnah Anwar walaupun penjelasan telah diberikan.
Samada isu yang sedang dimainkan BN ini akan menguntungkan politik mereka atau sebaliknya hanya PRU 13 dapat tentukan jawapannya.

Kedudukan Israel dalam konteks realiti politik dunia ditentukan kuasa besar imperialis kapitalis Amerika. Tidak perlu diceritakan secara mendalam mengenai penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang ditaja British dengan muslihat tersendiri.
Read More >>

Sunday, April 1, 2012

Islam dan Yahudi

Tulisan Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis. Kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. 
Sumber: http://www.malaysiakini.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen  |  20:50:37  |  01042012

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.


Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...