Dicatat Oleh: Bicara Marhaen |
16:40:24 | 22042012
Allah SWT berfirman dalam Surah Hud : ayat 36-49
Bismillahirrahmanirrahim….
Dan (setelah itu)
diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari
kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah
engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah
bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami
(tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong
kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan
taufan). (37) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak
dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya.
Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera
ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran
kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan mengetahui siapakah
yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan
pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus
bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air
memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami
berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis
haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah
ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah
orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut
bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu) berkatalah
Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera
itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya.
Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41) (Mereka
semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang
seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang
berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama
kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya
menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan
aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada
sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang
dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara
keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang
ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya kaum kafir itu)
diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu
dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah
air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun
berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir
umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan
Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan
Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45)
Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu
(kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);
sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon
kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya
Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (46) Nabi Nuh berkata: Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan
dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang
yang rugi. (47)Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan
selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu
dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri
kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan
azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah
dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu,
bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia
dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
(Surah Hud : ayat 36-49)
Lebih kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum
peradaban kita sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat
dasyat. Dan banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas.
Kisah dalam Alkitab yang berkaitan dengan banjir dahsyat telah
menyebutkan, “Banjir meluap dan melimpah selama 40 malam, air pasang
menuju ke atas, perahu mengambang dari atas permukaan bumi” : “Arus air meluap
dahsyat di atas permukaan bumi, seluruh pegunungan tenggelam oleh air pasang”:
“5 bulan kemudian, perahu berhenti di atas gunung Ararat; dan setelah 4 bulan
berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh meninggalkan perahunya.
Sejumlah besar bekas peninggalan prasejarah telah dijumpai oleh
pakar arkeologi. Contohnya seperti, daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan
di dasar laut dan banyak lagi, kemungkinan besar tenggelam disebabkan banjir
dasyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dasyat itu terjadi 5000 tahun
yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh mula dibuat pada
2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.
Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung
Ararat, bermulalah kehidupan baru manusia. Mereka yang selamat
menjalankan hidup baru diserata dunia. Begitu juga dengan binatang-binatang.
Biji-biji tanaman kembali disemai.
Kerana dianggap melahirkan generasi manusia yang baru setelah Nabi
Adam, Nabi Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being (Bapa Manusia
Kedua). Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia dikembangkan.
Selain di kawasan Ararat,Mesopotamia yang ribuan tahun kemudiannya
menjadi pusat kejayaan Babylon.
Sekumpulan pengkaji underwater surveyors yang diketuai
oleh Dr. Robert Ballard, yang juga telah menjumpai
Titanic, telah menjumpai sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di
dasar Laut Hitam, berhampiran pantai Turki. Mereka telah menjumpai struktur
bangunan dari batu dan kayu pada kedalaman beberapa ratus kaki.
Penemuan
mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti
yang diceritakan di dalam Alkitab dan Al-Qur”an.
Menurut teori mereka, banjir besar tersebut berlaku disebabkan
oleh pencairan gletser dari tanah tinggi di Eropah. “Ini merupakan satu
penemuan yang sangat menakjubkan,” kata Dr. Ballard di dalam rancangan National
Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.
Ballard menerangkan, “Banyak kes yang terjadi apabila air tawar
dari sebuah telaga berubah menjadi air masin dan kesan banjir besar tersebut
menyebabkan kawasan daratan yang sangat luas berubah menjadi dasar laut”.
Misteri Bahtera Nabi Nuh as
Sebuah pasukan yang melibatkan ilmuwan dari Amerika dan Turki
telah membuat penyelidikan terhadap misteri gunung Ararat. Mereka mahu mencari
sisa peninggalan perahu Nabi Nuh.
Apakah kisah kapal besar Nabi Nuh yang tercatat dalam kitab suci
merupakan peristiwa yang nyata ataupun mitos semata-mata? Selama ini para ahli
sarjana selalu berdebat, tidak ada seorangpun yang beranggapan bahawa sehingga
kini sisa-sisa peninggalan perahu Nabi Nuh masih tersimpan di puncak gunung
Ararat Turki.
Menurut laporan media cetak Amerika pada 26 April 2004, sebuah
pasukan pengkaji yang seramai 10 orang telah dibentuk oleh pengembara Amerika
dan Turki akan mendekati puncak gunung yang misteri itu, untuk mencari jejak
“kapal besar Nabi Nuh” (The Great Noah Ark).
McGivern (Ketua The Trinity Corporation of Honolulu, Hawaii)
mengatakan, bahawa sebelum mereka memasuki pegunungan Ararat, para anggota
kumpulan perlu melakukan persiapan kerja yang rapi. Contohnya seperti,
mempelajari data-data yang berkaitan dengan ciri geografi dan bentuk permukaan
bumi serta adat istiadat masyarakat di daerah sekitar gunung Ararat.
Menurutnya, masalah terbesar yang dihadapi mereka waktu itu adalah
bagaimana untuk melakukan komunikasi dengan penduduk asli setempat. Kerana
gunung-gunung yang tinggi itu dianggap suci oleh para penduduk asli setempat,
dan mereka yakin akan kewujudan “Perahu Nabi Nuh”, oleh sebab itulah selama
berabad-abad, mereka tidak pernah bersedia menceritakan tentang misteri yang
berkaitan dengan gunung-gunung itu kepada orang luar.
Sebagian besar anggota kumpulan penyelidik mengatakan, bahawa bagi
mereka yang memahami kitab Injil, jika kewujudan “Perahu Nabi Nuh” benar-benar
terbukti, maka itu akan menjadi simbol teragung sepanjang sejarah manusia, dan
menjadi sebuah rekod perkembangan evolusi manusia. Seperti kisah Nabi Nuh dan
perahunya yang selamat dalam banjir besar yang tercantum di dalam Alkitab dan
Al-Qur’an.
Penemuan Awal
Sebenarnya, pencarian terhadap perahu Nabi Nuh sudah cukup lama
dilakukan. Setahun setelah terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi dasyat
pada 2 Mei 1883 yang telah memorak-porandakan kampung di kaki gunung Ararat,
kerajaan Turki menghantar kumpulan ekspedisi untuk melihat kesan gemba
tersebut. Kapten Gayscoyne, duta Britain di Istanbul, turut dalam ekspedisi
itu. Ketika itulah mereka menjumpai “Perahu Nabi Nuh”.
lanjutan dari penemuan itu, pada 1917, Pemimpin Rusia Tsar Nicholas II telah mengirim 150 orang
pakar dari pelbagai bidang dan juga tentara untuk mencari dan menyelidiki
perahu Nabi Nuh. Selepas sebulan, kumpulan ekspedisi itu baru boleh mencapai ke
puncak Ararat.
Dalam keadaan yang kagum, mereka mengambil gambar sebanyak
mungkin. Mereka mengukur panjang perahu Nuh dan didapati berukuran panjang 500
kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam
salji.
Hasil dari kajian itu mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada
Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan kajian itu ke tangan Tsar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jeneral
Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, adakah
laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Pada tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat
menyelidik puncak gunung Ararat, dan menjumpai objek yang berbentuk sebuah
perahu.
Disebabkan perang dingin Soviet Union dengan AS, penemuan itu
tidak dikaji dengan lanjut dengan alasan “mencegah mata-mata AS mendekati
Soviet. Soviet melarang setiap pesawat memasuki sekitar
pegunungan Ararat. Larangan itu baru dihapuskan pada 1982, dan sejak itu berbagai
kumpulan ekspedisi mula datang ke pergunungan Ararat, namun tidak ada yang
mampu membuktikan.
Pada 1995, penganalisis gambar satelit Amerika, Bolsey Taylor
melihat satu objek misteri yang disebut “keajaiban gunung Ararat” itu. Beliau
menghabiskan beberapa tahun dalam kajiannya, mengumpulkan sejumlah besar gambar
dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut, akhirnya didapati
bahawa itu adalah sebuah objek raksasa yang panjangnya 180 meter.
Namun, mereka juga tidak tahu objek apa sebenarnya itu. Menurutnya
mungkin itu merupakan benteng kuno Turki atau kemungkinan juga itu adalah
“Perahu Nabi Nuh”.
Sekitar tiga tahun lalu, seperti yang dituliskan oleh G.
Joseph, arkeolog Ron Wyatt dan David Fasold telah menyatakan mereka telah
menemui tapak “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini mengesan jejak kapal itu tidak
berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, berdekatan
dengan sempadan Iran. Tetapi mereka percaya bahawa apa yang dikatakan oleh
Alkitab bahawa bahtera Nuh mendarat di puncak Ararat.
Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung
baru, dapat mengakibatkan berubahnya lokasi pendaratan tersebut dari puncak
gunung Ararat ke posisi sekarang.
Pengukuran objek yang mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya,
558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Di sekitar objek tersebut, Ron Wyatt telah
menjumpai sebuah batu besar dengan lubang pahatan.
Mereka percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di
mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar
untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka telah menjumpai sesuatu
yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur
baja tersebut setelah dilakukan kajian, bahawa jenis “vessel” ini telah berumur
lebih dari 100000 tahun, dan terbukti bahawa struktur ini dibuat oleh tangan
manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.
Pegawai Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800
tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh ( Gambar dari Kosmo Online )
Sesungguhnya orang yang
beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah
iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. (Surah an-Anfal :
Ayat 2)
No comments:
Post a Comment