Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Monday, April 16, 2012

Kesihatan Diri Dan Keluarga

* Bahan Ilmiah Ini Telah Dikemukakan kepada Universiti Terbuka Malaysia
* Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  01:02:09  |  17042012





PENDAHULUAN
          Peringkat paling mencabar dalam kehidupan seseorang individu ialah ketika dalam usia remaja lingkungan 17 hingga 21 tahun. Pada peringkat ini, seseorang remaja itu mulai menempuh gelora perjuangan hidup sebenar. Perubahan bentuk fizikal dalam meniti usia remaja turut menimbulkan perasaan dan keinginan di dalam jiwa sehingga boleh menimbulkan beberapa kesukaran serta masalah jika tuntutan itu tidak diarahkan mengikut panduan agama.
          Pada tempoh itu juga berlaku perubahan tingkah laku, sikap, nilai, malah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam lebih matang dan dewasa. Mereka adalah pewaris sah tamadun sesuatu bangsa untuk dilanjutkan dan dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang.
            Perkembangan era dunia globalisasi abad ini secara amnya telah menbawa satu arus pembangunan dan perubahan dalam institusi masyarakat dunia dan khususnya di negara kita sendiri. Walaubagaimana pun, kemajuan dan perkembangan yang ada tidak bermakna kerana generasi muda yang menjadi peneraju terjerumus dalam masalah sosial yang kini semakin meruncing.
            Remaja berkualiti adalah remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu dia tidak seratus peratus bergantung pada ibubapa atau orang lain. Remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan; dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah. Biasanya remaja yang suka berdikari ini mempunyai personaliti yang menarik iaitu dalam dirinya ada banyak sifat positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatin dan peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk.

           Apabila seseorang remaja itu berakhlak mulia, dengan sendirinya dia akan menjadi ahli masyarakat yang baik, berbudi dan perihatin. Dia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan oleh kerana itu dia harus memainkan peranannya . Jika dia tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat, sekurang-kurangnya dia hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang gejala sosial yang boleh merosakkan masyarakat. Sentiasa bekerjasama dalam perkara kebaikan agar kehidupan lebih cemerlang.

DEFINISI KONSEP
            Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
            Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
            Suka bergaul dengan rakan sebaya daripada ibu bapa. Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaul dengan orang lain selain daripada anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-angan
          Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh Emosi
          Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.
           
PERUBAHAN FIZIKAL, EMOSI, MENTAL DAN SOSIAL
            Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai jenis masalah seperti perubahan pada diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan pelbagai bentuk lagi berlaku pada waktu ini. Masa remaja dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan tekanan jiwa kepada individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba sesuatu yang kadang-kala bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks bebas dan sebagainya. Satu fenomena yang sering kedengaran kini ialah pertelingkahan di antara remaja dan ibu bapanya. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi. Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan ia menjadi satu fenomena yang menjadi fokus permasalahan remaja masa kini.
            Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja.
            Ada perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani.
            Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian.
            Saiz otot dan tulang mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala Lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu. Pada zaman remaja awal, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan dewasa, kaki dan tangan mereka semakin panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang. Perkembangan cepat tersebut akan mengakibatkan remaja berasa janggal
            Selain itu, badan dan kulit remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak, akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau. Perubahan fizikal tersebut adalah dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang dirembeskan dengan bilangan yang sangat kurang oleh kelenjar endokrin. Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak zaman fetal hingga sekarang, bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh.
            Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan” muncul dalam kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting, testoterone berbanding dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki (Tanner, 1978).
            Setiap hormon mempengaruhi satu set sasaran atau reseptor yang tertentu. Contohnya rembesan testosterone menyebabkan zakar bertumbuh, bahu menjadi semakin lebar, bulu bertumbuh di tempat kemaluan dan di muka. Sebaliknya, estrogen menyebabkan uterus dan dada bertumbuh dan pinggung menjadi semakin lebar.
            Sel dalam tempat sasaran mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas dengan hormon tertentu yang mengedar dalam darah tetapi tidak bertindakbalas terhadap yang lain. Contohnya, uterus bertindakbalas secara terpilih terhadap estrogen dan progesterone. Sel sasaran adalah sangat peka terhadap kuantiti hormon dan sangat kecil, walaupun hormon muncul dalam bilangan yang begitu kurang seperti mengesan seketul gula yang larut dalam satu kolam renang (Tanner, 1978).
            Kelenjar endokrin merembes hormon yang kompleks dan halus, kerja penyenggaraan ini dijalankan oleh 2 tempat otak: hypothalamus dan pituitary. Hypothalamus adalah bahagian otak yang memulakan proses pertumbuhan dan pembiakan sejak zaman remaja. Pituitari terletak dibawah bahagian otak, ia mengeluarkan beberapa jenis hormon, termasuk hormon pertumbuhan, iaitu hormon yang mengawal seluruh pertumbuhan badan, dan beberapa hormon tropi kedua.
            Hormon tropi ini merangsang fungsi beberapa kelenjar, termasuklah kelenjar seks, iaitu testis dalam badan lelaki dan ovari dalam badan perempuan. Kelenjar seks mempunyai 2 fungsi: mengeluarkan sperma atau ovum dan merembeskan androgens atau estrogens. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dan kelenjar seks mempunyai pengaruh emosi terhadap fizikal remaja
Kematangan seksual pada lelaki
          Selepas pertumbuhan secara menyembur, perubahan major biologikal kedua ialah pembanguan sistem pembiakan. Pada lelaki, tanda pertama akil baligh ialah pertumbuhan testis dan skrotum secara pecut. Lebih kurang 1 tahun selepas pertumbuhan ini bermula, zakar mengalami pertumbuhan secara menyembur. Antara 2 perkara ini, bulu pubik mula muncul, tetapi ia tidak mencapai pertumbuhan sepenuhnya sehingga selepas penyelesaian perkembangan kemaluan.
            Sejak tempoh ini, perkembangan saiz jantung dan paru-paru juga berlaku. Berpunca daripada kelakuan hormon seks lelaki, testosterone, lelaki juga membangun lebih banyak sel darah merah berbanding dengan perempuan. Pengeluaran sel darah merah yang luas ini adalah salah satu faktor menyatakan keupayaan olahraga remaja lelaki mengatasi remaja perempuan. Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau lewat umur 16 tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat dan mungkin datang sejak pelancapan atau “mimpi lembap”. Pancutan pertama ini biasanya tidak mempunyai cukup air mani untuk subur (Money, 1980).
            Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara garau yang janggal. Suara betul-betul berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian perubahan akil baligh, dan dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi kepentingan sebagai batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)
Kematangan seksual pada perempuan
            Dalam perempuan, “dada bertunas” adalah biasanya tetapi bukan selalunya sebagai tanda pertama akil baligh bermula. Perkembangan uterus dan vagina adalah serentak dengan pembesaran labia dan kelentit.Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat perubahan perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan secara menyembur.
            Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 ½ atau lewat umur 16 ½; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun, dan untuk Bindi of New Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).
Perubahan dalam diri perempuan
            Biasanya, perubahan yang boleh dikenalpasti bagi perempuan ialah, Perkembangan dada, Pertumbuhan bulu kemaluan, Pertumbuhan bulu di bawah ketiak, Pertumbuhan badan, Waktu haid pertama, Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.
Perubahan dalam diri lelaki
          Bagi lelaki, perubahan yang dapat dikenalpasti ialah Pertumbuhan testis dan scrotal sac, Pertumbuhan bulu kemaluan, Pertumbuhan bulu di bawah ketiak dan muka, Pertumbuhan badan, Pertumbuhan zakar, Perubahan suara, Pancutan air mani yang pertama dan Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.
Imej badan dan penyesuaian
            Ahli sosiologi memanggil remaja sebagai kumpulan pinggiran (marginal group), iaitu satu kumpulan antara budaya atau budaya dominan yang pinggir bahawa biasanya menunjukkan keperluan intensified disahkan. Remaja boleh menjadi tidak sabar terhadap penyimpangan dengan ekstrim.

AKIL BALIGH
          Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup seseorang di mana tubuh badan akan berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.
          Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.
            Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh berlaku awal ialah Nutrisi yang lebih baik, Stres dan Bahan kimia di dalam makanan.
 Ciri-Ciri Akil Baligh Untuk Lelaki
          Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis). Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau. Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.
Ciri-Ciri Akil Baligh Untuk Perempuan
          Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari. Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar. Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.
            Apabila remaja telah mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka. Oleh hal yang demikian itu, mereka akan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain seperti merokok dan minum minuman keras. Sesetengah masalah bermula dari rumah, sesetengah yang lain pula berpunca dari luar.
            Zaman remaja adalah zaman di mana mereka berada di persimpangan jalan, dan ketika ini emosi mereka adalah lemah. Dengan ini, remaja awal belasan dan belasan tahun mudah terperangkap dengan gejala-gejala sosial akibat tekanan dan pengaruh rakan-rakan.

PENJAGAAN KESIHATAN REMAJA
            Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat seperti; Makan secara sihat, Tidak merokok, Lakukan aktiviti fizikal dan Belajar menangani stress. Antara faedah yang dapat diperolehi dengan amalan cara hidup sihat ialah dapat meningkatkan status kesihatan, mengurangkan risiko daripada mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi, dapat membuat kelihatan dan berasa lebih baik dan membolehkan untuk memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Makan Secara Sihat
          Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, seseorang remaja harus nikmati pelbagai jenis makanan, makan mengikut waktu yang teratur iaitu tiga waktu makan utama; sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, memilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan dan memilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Tidak Merokok
          Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok; Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, Yakinkan diri, Buat nota peringatan, Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’, Tumpukan pada hari ini, Sentiasa berfikiran positif, Dapatkan sokongan, Lawan keinginan untuk merokok, Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) dan Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok.
          Amalan Petua 10 M untuk berhenti merokokialah; Melengahkan-lengah, Minum banyak air, Menarik nafas panjang, Membuat sesuatu, Menjauhkan diri dari tempat orang merokok, Mengunyah sesuatu, Membasuh tangan, Mandi dengan kerap, Melakukan senaman regangan dan Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal
          Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
          Lakukan aktiviti fizikal yang disarankan seperti aktiviti ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari dengan sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali. Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan kemampuan dan keupayaan anda.
Tangani Stres
          Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. Apa yang harus dilakukan apabila anda marah ialah; Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’, Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap, Kenal pasti kenapa anda marah, Cuba dengar penjelasan orang lain, Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan, Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan dan Membiasakan diri memaafkan dengan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
            Cara untuk mengurangkan kemungkinan untuk marah ialah; Berfikir secara positif, Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan, Belajar menyukai diri sendiri, Belajar bertenang, Adakan hobi, Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah, Dapatkan tidur yang cukup, Dapatkan teman untuk meluahkan masalah, Bersifat tegas/asertif dan Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
            Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya merupakan penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan kita juga merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat.
            Masyarakat kini mengambil perhatian tentang amalan gaya hidup sihat dengan mengadakan beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan cara-cara untuk menjalankan kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di televisyen yang menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk makan dua hidangan buah-buahan dan juga sayur-sayuran setiap hari.
            Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting? Seperti apa yang sering diperkatakan, gaya hidup sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan adanya tidur yang secukupnya, seseorang itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan dapat menghabiskan kerja-kerja yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu setiap individu mencari penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk pekerjaan mereka.
            Kini, ramai remaja yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti mencuri, mengambil dadah dan melakukan seks rambang. Ini diakibatkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Bilangan remaja yang didapati mempunyai jangkitan penyakit kelamin dan juga ditangkap polis semakin meningkat. Ini amat membimbangkan kerana remaja pada masa kini tunggak masa hadapan.
            Dengan itu, masyarakat kini harus mengambil tindakan untuk menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat.

SOAL SELIDIK REMAJA
1.         Apakah yang dimaksudkan dengan Storm dan stress yang diperkenalkan oleh G. Stanley Hall?
            a)         remaja yang suka berfoya-foya
            b)         remaja yang penuh dengan pergolakan dan konflik
            c)         remaja yang keliru emosi
            d)         remaja yang sihat

2.         Apakah yang dimaksudkan dengan zaman transisi remaja?
            a)         Zaman peralihan dari zaman kanak remaja
            b)         Zaman peralihan emosi remaja
            c)         Zaman perubahan kognitif
            d)         Zaman kemurungan remaja kerana berubah menjadi dewasa
3.         Transisi zaman kanak-kanak kepada remaja terbahagi kepada 3 proses iaitu:
            i)          biologikal
            ii)         kognitif
            iii)        sosioemosi
            iv)        persekitaran
            a)         i dan ii             c)         ii, iii, iv
            b)         i, ii, iii              d)         iii dan iv

4.         Sebagai remaja, adakah anda perlukan kebebasan
            a)         ya
            b)         tidak
            c)         tidak pasti
            d)         kadang-kadang

5.         Apakah rancangan kegemaran anda di tv3?
            a)         Remaja
            b)         Buletin utama
            c)         Melodi
            d)         Explorace

6.         Semasa di alam remaja. Siapakah idola anda?
            a)         Ayah
            b)         Perdana Menteri
            c)         Artis
            d)         Lain-lain nyatakan ……………………………………………………..
7 .        Hormon ‘lelaki’ dan hormon ‘perempuan’ muncul dalam kedua-dua badan lelaki dan perempuan, tetapi hormon yang manakah terpenting mempengaruhi pertumbuhan badan lelaki secara ketara?
            a)         androgens
            b)         estrogen dan testosterone
            c)         testosterone dan androgens
            d)         progesterone dan androgens

8.         Apakah perubahan tipikal badan perempuan pada zaman remaja?
            i)          perubahan suara
            ii)         perkembangan dada
            iii)        pertumbuhan bulu di bawah ketiak dan muka
            iv)        pertumbuhan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar
            a)         i dan ii                         b)         ii dan iii
            c)         ii,iii dan iv                   d)         ii dan iv

9.         Pernyataan di bawah adalah pernyataan berkaitan dengan lelaki kematangan awal dan lewat. Pilih pernyataan yang betul?
            i)          Lelaki yang matang awal mengalami kelemahan dalam sukan berbanding dengan rakan sebayanya.
            ii)         Lelaki yang matang awal lebih sukar menjadi pemimpin rakan kumpulan mereka.
            iii)        Lelaki yang matang lewat mungkin bertingkah laku keanak-anakkan dan tidak matang, dalam kes lain dia mungkin menjadi sangat agresif.
            iv)        Lelaki yang matang lewat mempunyai kesusahan penyesuaian yang lebih banyak berbanding dengan lelaki kematangan awal.
            a)         i dan ii                         b)         ii dan iii
            c)         ii,iii dan iv1                 d)         i,ii,iii dan iv

10.       Antara berikut yang manakah merupakan masalah psikologikal di waktu remaja?
            i)          konflik kasih sayang
            ii)         konflik kebebasan
            iii)        konflik pemilihan rakan sebaya
            iv)        konflik tanggungjawab
            a)         i dan ii                         b)         i dan iii
            c)         i,ii, dan iii                    d)         Semua di atas

11.       Menurut Teori Interpersonel Sullivan beliau menekankan faktor
            a)         interaksi individu dengan persekitaran
            b)         keselamatan
            c)         perkembangan dan kematangan individu
            d)         kebudayaan dan persekitaran

12.       Interaksi sosial boleh memberikan kesan-kesan yang negatif ke atas tingkah laku remaja.
            a)         benar
            b)         salah

13.       Adakah dikatakan remaja apabila anda telah:
            a)         mempunyai pasangan yang boleh berkongsi perasaan
            b)         berani untuk membuat keputusan
            c)         mempunyai matlamat dalam hidup
            d)         memiliki ramai kawan-kawan yang boleh dipercayai

14.       Kebanyakkan rakan remaja anda adalah seorang yang
            a)         berdikari
            b)         periang
            c)         rendah diri
            d)         pemalas

15.       Kegemaran seseorang remaja itu adalah pada sesuatu yang
            a)         mencabar
            b)         ilmiah
            c)         menyeronokkan
            d)         rekreasi

16.       Seseorang remaja itu boleh dikatakan remaja melihat kepada
            a)         kematangan dia berkata-kata
            b)         cara seseorang itu bersosial
            c)         usianya
            d)         fizikalnya

17.       Remaja itu dikatakan berdikari apabila:
            a)         Tidak lagi bergantung kepada ibu bapa
            b)         Bebas membuat keputusan
            c)         Sentiasa mengikut kata hati
            d)         Berfikir sebelum membuat keputusan

18.       Remaja tidak suka di kongkong
            a)         setuju
            b)         tidak setuju

19.       Apabila mempunyai masalah, remaja selalunya merujuk kepada
            a)         guru
            b)         ibu bapa
            c)         kaunselor
            d)         rakan karib

20.       Remaja mudah merasa bosan kerana
            a)         tiada kebebasan
            b)         tiada tempat bergantung
            c)         kerana terlalu rasa rendah diri
            d)         sudah sifat mereka cepat bosan

PENUTUP
            Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.
            Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.
            Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.
            Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.
            Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.
            Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka. Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja. Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu. Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja. Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka. Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.

RUJUKAN
1.            Kementerian Kesihatan Malaysia. Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak. KKM disesuai daripada Carta National Center for Health Statistics USA.
2.            Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku Panduan Kempen Cara Hidup Sihat. 1997.
3.            Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Buku tahunan perangkaan 2004. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
4.            Jas Laile Suzana (1998). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.            Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
6.            Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
7.            MS Hanafiah: Keluarga dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000
Kementerian Kesihatan Malaysia. Garis panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Kesihatan Remaja di Peringkat Kesihatan Primer, 2005

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...