Dicatat Oleh: Bicara Marhaen |
11:36:02 | 14022012
BOULDER,
Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi
Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan
Injil, lapor sebuah akhbar semalam. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang
diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini,
mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
No comments:
Post a Comment