Tulisan Oleh:
Prof
Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis. Kini bertugas sebagai zamil
di Universiti Oxford, United Kingdom.
Sumber: http://www.malaysiakini.com |
Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen
| 21:15:23 |
01042012
Semalam saya bermusafir
dari UK ke Jordan. Saya hadir memenuhi undangan para pelajar Malaysia di sini.
Ada seminar yang sedang berlangsung. Sebanyak empat sesi untuk saya.
Asalnya, saya macam ‘berusaha'
untuk tidak memenuhi undangan yang datang dari pelbagai pihak sepanjang berada
di Oxford kerana ingin menumpukan kepada tugasan saya.
Pelbagai jemputan
khususnya dari para pelajar dan Malaysia dari Eropah, saya tidak masih
tangguhkan.
Saya pernah berkata
kepada beberapa sahabat: "Rasanya jemputan yang saya dapat melebihi
hari-hari yang ada".
Tapi, saya terima
undangan dari Jordan, sekalipun jauhnya lima jam penerbangan. Sedangkan saya
baru sahaja selesai ibadah umrah beberapa hari lepas di Mekah. Saya datang juga
kerana di sini tempat saya belajar dahulu.
Namun lebih penting,
saya rindu ingin melihat wajah guru-guru saya. Kata orang Melayu, "tempat
jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain"
Saya pulang dari Jordan
pada 1995, setelah hampir 5 tahun berada di sini. Saya belajar ijazah pertama
Bahasa Arab dan Syariah di Universiti Jordan dan pulang ke Malaysia ketika usia
masih 20-an.
Kini baru saya datang
semula setelah saya menjejak kaki ke atas pelbagai benua dan negara. Jika para
imam yang agung dan besar seperti Imam Syafie berubah pandangan dan pendapat
setelah melalui pelbagai kembara, sudah pastilah insan yang kerdil seperti saya
terdedah kepada perubahan.
Namun, kesan dan
pengaruh pengalaman mewarnai banyak perkara dalam hidupan.
Isu Yahudi
Di Malaysia sekarang
timbul isu Yahudi. Sesiapa yang pernah hidup di Jordan terutama pada era saya
berada dahulu - ketika Perang Teluk memuncak - akan tahu betapa Israel dan
Yahudi menjadi ‘zikir' bicara setiap rakyat Jordan.
Kedudukan Jordan yang
bersempadan dengan Israel dan jumlah orang Palestin yang memenuhi pelbagai
ruang di negara ini menjadikan isu Palestin sentiasa segar.
Di sinilah saya
mengikuti pelbagai aktiviti yang kesemuanya ke arah pembebasan Palestin dan
penghapusan Yahudi. Demonstrasi, khutbah, ceramah, nasyid, syair dan segala
pementasan seni dan segala berasaskan isu Palestin dan Israel.
Guru-guru saya di masjid
seperti as-Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, as-Syeikkh Dr Hammam
Said, as-Syeikh Dr Muhammad Abu Faris dan lain-lain merupakan lambang rakyat
dalam menentang Yahudi.
Di universiti juga
demikian. Kawan-kawan Arab ramai yang bersemangat jihad. Kadang-kadang kami
ponteng kelas kerana menyertai demonstrasi anti-Yahudi.
Sehingga saya terfikir
untuk pergi berperang di Palestin dan mati syahid di sana. Usia yang teramat
muda, yang baru sahaja meninggalkan alam remaja ketika itu menjadikan segala
slogan-slogan itu berkobar terbakar dalam darah dan perasaan.
Apa tidaknya, nasib
Palestin dan kekejaman Yahudi yang disaksikan saban hari. Di Jordan inilah kami
menghafal slogan-slogan bersemangat menentang Yahudi.
Dalam demonstrasi,
slogan-slogan seperti "Khaibar,
Khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud (Khaibar, Khaibar, wahai
Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali) berkumandang di sana sini.
Lirik-lirik nasyid juga
penuh dengan isu Yahudi. Kami menghafal dan mendendangkannya. Maka Yahudi isu
asas di sini. Bak kata guru-guru kami; kerana Yahudi itu isu asas, maka Surah
al-Isra ataupun Bani Israil itu berada paling tengah al-Quran.
Yahudi di Barat
Apabila saya melawat
Berlin, Jerman pada tahun 2009, saya melihat gambaran yang lain cuba diberikan.
Yahudi dilihat sebagai mangsa kekejaman Hitler, dibuat memorial khas untuk
mengenang Yahudi yang menjadi mangsa pembunuhan di Eropah.
Walaupun banyak yang
boleh dipersoalkan. Apabila saya ke Oxford sekarang, saya mendapati betapa
ramai penulis Muslim di Barat membincangkan mengenai Yahudi di sudut ia sebagai
salah satu agama tanpa isu Palestin.
Maka Yahudi dilihat
sebagai agama seperti agama Kristian. Emosi Palestin tidak berperanan.
Sementara di pihak
sebahagian penulis dan media Barat pula menjadikan isu Israel itu sebagai asas
dalam menilai seseorang tokoh Muslim. Sesiapa yang tidak mengiktiraf Israel
tidak akan mendapat reda Barat sekalipun dia seorang pemikir yang hebat.
Sehebat mana pun
ilmunya, seluas mana pun toleransi dan keterbukaannya dengan pihak lain, namun
jika dia tidak mengiktiraf Israel, maka dia tidak akan digolongkan dalam
kategoru moderateMuslim.
Ini persis seperti yang
disebut oleh Louay Safi dalam artikelnyaReflection
on Ijtihad and Moderate Islam.
Kata beliau: "I would, rather,
underscore an important point: The effort to dismiss authentic Muslim voices
when they express views critical of American foreign policy or Israeli policies
in the West Bank and Gaza violates the essence of democratic politics. We
must all recognize that efforts to intimidate and marginalize voices critical
of Israel and American foreign policy are anti-democratic and extremist.
Therefore, I fully agree with Graham Fuller that the term moderate Muslim is
subject to an unrealistic litmus test regarding views on Israel that excludes
the majority of serious Muslims voices, thereby dismissing potential
interlocutors. I would add that such isolation tactics work both ways in a
world in which the United States increasingly finds itself unable to sustain its
unilateralist approach to world politics."
Maka, disebabkan hal
inilah yang menyebabkan sebahagian tokoh-tokoh Muslim tidak mahu atau tidak
mampu mengkritik Israel.
Hakikatnya, jika
seseorang tokoh Muslim itu takut mengkritik Israel dan dasar luar Amerika, dia
sebenarnya gagal menghayati asas demokrasi yang sepatutnya dipertahankan. Juga
tipis nilai ukhuwah Islamiahnya.
Yahudi Dan Islam
Yahudi sebenarnya bukan
seperti agama lain. Yahudi itu agama dan keturunan. Itulah Yahudi yang asal.
Seperti mana yang saya tegaskan bahawa Islam adalah agama yang menghormati
semua keturunan manusia.
Islam tidak menghukum
seseorang disebabkan keturunannya. Tidak mungkin Allah menghukum ciptaan-Nya,
yang bukan pilihan makhluk yang dicipta itu. Keturunan bukan pilihan seseorang.
Juga, Islam juga tidak
memaksa orang menganut Islam dan memerangi serta menghukum hanya kerana
perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia
berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi.
Permusuhan berlaku
antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan
mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Maka, permusuhan umat
Islam dan Yahudi pada hari ini juga sepatutnya atas isu kekejaman mereka di
Palestin. Sesiapa dalam kalangan Yahudi yang tidak terlibat, maka dia tidak
dimusuhi.
Dalam sejarah Nabi SAW;
baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti
Huyai. Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang
Yahudi.
Baginda Nabi SAW dalam
urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi
Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas
dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.
Bahkan Al-Quran dalam
Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang
dikatagori sebagai Ahlul Kitab.
Maka, seseorang Yahudi
ataupun negara Yahudi kerana permusuhan mereka. Sementara Yahudi di tempat lain
yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, tidak wajar dimusuhi.
Emosi tidak membolehkan
menghukum yang tidak bersalah, dan juga tidak boleh membiarkan kezaliman ke atas
yang pihak yang lain.
Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada
berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak
memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat
orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan
(ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim." (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Juga perlu kita tahu,
al-Quran menyatakan bahawa kecenderungan Yahudi dan penyembah berhala memusuhi
Islam lebih besar dibandingkan orang Kristian.
Orang Kristian
disifatkan lebih lunak kepada orang Islam dibandingkan Yahudi dan musyrikin.
Firman Allah: "Demi sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada
orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Demi
sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih
mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa
kami ini orang-orang Nasrani. Yang demikian itu, disebabkan antara mereka
pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak
sombong." (Surah al-Maidah: 82).
Pun begitu, Islam hanya
bertindak apabila terbukti. Sesiapa yang tidak menzahirkan tindakan permusuhan
maka dia tidak dimusuhi sekalipun dia Yahudi. Dalam sejarah Yahudi, The Golden Age of Judaism itu di
Sepanyol ketika di bawah pemerintahan umat Islam.
Sedangkan di Eropah pada
masa dahulu, Kristian sering memandang buruk dan jahat terhadap Yahudi
disebabkan perangai mereka.
Sebab itu mereka
terpaksa hidup di sebalik tembok ghetto.
Rekod Yahudi yang buruk itu menjadi mereka sering dimusuhi di serata tempat.
Dan Hitler itu hanya
salah satu manifestasi dari kebencian tersebut. Namun, Islam yang tulen hanya
menghukum berdasarkan kesalahan yang dizahirkan.
No comments:
Post a Comment