Dicatat Oleh:
Bicara Marhaen | 13:02:27
| 06052012
Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang
terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu
dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah
kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa,
kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi
berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’atkepada
pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari
penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah
Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat
orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak
beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya
sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun
berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati,
hati-hati yang memikulnya, iaitu yangmenghafalnya akan dirahmati
dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada
disetiap hati Ummatku.”
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1.
Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa
yang dilihatnya.
7.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan
siksanya.
siksanya.
9.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
hausnya.
10.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan
di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan
hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.
“Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana
Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu
jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.
“Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap
malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.
“Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan,
siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya
semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula,
dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan
itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi
penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang
itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan
dimudahkan juga baginya.”
7.
Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah
Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.
“Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah
Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah
sesuatu, doanya akan diterima.”
9.
“Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada
rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap
huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa danmeminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11.
“Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah
nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak
merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah
Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala
seperti membaca Al-Qur’an 12 kali.Jika Surah
Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah
menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat
itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya,
menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat
untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan
saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka
datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan
membawaminuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia
masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak
haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga
dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.
Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu
Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya
mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di
perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.
Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan
hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur
atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke
petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan
rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah
mengutus 1,000 Malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua
syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari
itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk
memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil
memohonkanampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya
para malaikat ituberibadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan
pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh
mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan
ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah
membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit,
tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka
(terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang
yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal
kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut
di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada
seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh
kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.
Wallahu A’alam Bissowab
Moga tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung....
ReplyDelete