Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen |
12:13:23 | 06052012
Firman
Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 67 :
“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama
dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan
yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam
tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah
juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik
itu, merekalah orang-orang yang fasik.”
Dari
Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Ada empat perkara, sesiapa terdapat pada dirinya lengkap
keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan Sesiapa
terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga,
hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu: 1. Apabila dipercaya, dia khianat.
2. Apabila berkata, dia dusta. 3. Apabila berjanji, dia mungkir. 4. Apabila ia
bermusuhan, dia sangat jahat.” (HR. Bukhari Muslim)
1.
Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan
Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka
baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar
orang-orang tertawa.”
Di dalam kitab Shahihain (Shahih
Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya
adalah jika berbicara dia dusta.”
2. Khianat
Sabda Rasulullah SAW: “Dan
apabila berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa memberikan janji
kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada
seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab
uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
3. Fujur Dalam
Pertikaian
Sabda Rasulullah SAW: “Dan
apabila bertengkar (bertikai), dia melampau.”
4. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW: “Tanda
orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan
jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
5. Malas Beribadah
Firman Allah SWT: “…Dan
apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS…” (An-Nisa’: 142)
Jika orang munafik pergi ke
masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana
itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling
akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk
menyemak dan menghayatinya.
6. Riya’
Di hadapan manusia dia solat dengan
khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila
bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik,
demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR
HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.
7. Sedikit Berzikir
Firman Allah SWT: “…Dan apabila
mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud
riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT
kecuali sedikit sekali. (An-Nisa’: 142)
8. Mempercepat
Solat
Mereka (orang2 munafik) adalah orang
yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada
ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di
dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan,
kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW: “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat
(solatnya)”
9. Mencela orang-orang
yang Taat dan Soleh
Mereka memperlekehkan orang-orang yang
Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam
setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya
MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap
Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan
menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT .
10. Memperolok-olok
Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa’
(berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan
amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal
seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT: “…Katakanlah: ‘Apakah dengan
Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah
kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”
(At-Taubah: 65-66)
11. Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT: “Mereka
menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai…” (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah:
16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang
munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang
munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan
memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak
dengan sumpahnya: “Demi Allah, sebenarnya kamu adalah
orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah
sahabatku.”
12. Enggan Berinfak
Orang2 munafik memang selalu
menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa.
Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka
lakukan kerana riya’ dan sum’ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada
hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.
13. Tidak menghiraukan
nasib Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan2
dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap
meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik
berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.
14. Suka menyebarkan Khabar
Dusta
Orang munafik senang memperbesar
peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak
sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2
pertemuan. “Apa kalian tidak mendengar apa yang
telah dikatakan si fulan itu?”Lalu, dia pun menirukan kesalahan
tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak
kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu
mengungkapkannya kepada masyarakat.
15. Mengingkari
Takdir
Orang munafik selalu membantah dan
tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah,
dia mengatakan: “Bagaimana ini. Seandainya saya
berbuat begini, niscaya akan menjadi begini.” Dia pun selalu mengeluh kepada
sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.
16. Mencaci maki kehormatan
orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi
orang2 soleh, dia akan mencaci maki, memburuk-burukkan, mengumpat, dan
menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT: “…mereka
mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat
kebaikan…” (Al-Ahzab: 19)
17. Sering meninggalkan
Solat Berjamaah
Apabila seseorang itu segar, kuat,
mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say’i, namun tidak mahu
mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia
sebagai orang munafik.
18. Membuat kerosakan di
Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Firman Allah SWT: “Dan
apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,
mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi
mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah: 11-12)
19. Tidak ada kesesuaian
antara Zahir dengan Batin
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa
Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah
mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara
Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya
bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan
menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya
main-main.
20. Takut terhadap Kejadian
Apa Pun
Orang2 munafik selalu diliputi rasa
takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan
kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun.
Dia selalu berharap: “Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan
keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak
ingin keadaan kami berubah.” Padahal,
keadaannya tidaklah lebih baik.
21. Beruzur dengan Dalih
Dusta
Firman Allah SWT: “Di
antara mereka ada orang yang berkata: ‘Berilah saya izin (tidak pergi
berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.’ Ketahuilah
bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA
JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.”
(At-Taubah: 49)
22. Menyuruh Kemungkaran
dan Mencegah Kemakrufan
Mereka (orang munafik) menginginkan
agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka
menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan
hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert,
menyebarkan majalah2 porno dan narkotik.
23. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam
masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah
atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang
yang mampu dan berkecukupan.
24. Lupa kepada Allah
SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat,
kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya,
anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang
berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas
untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.
25. Mendustakan janji Allah
SWT dan Rasul-Nya
Firman Allah SWT: “Dan
(ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam
hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu
daya.” (Al-Ahzab: 12)
26. Lebih memperhatikan
Zahir, mengabaikan Batin
Orang munafik lebih mementingkan zahir
dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi
Allah SWT, dan tidak mengenal zikir… Pada zahirnya, pakaian mereka demikian
bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.
27. Sombong dalam
Berbicara
Orang2 munafik selalu sombong dan
angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan.
Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN
MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN
LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak
memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi
terserlah kemunafikannnya.
28. Tidak memahami Ad
Din
Di antara “KEISTIMEWAAN” orang2 munafik
adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu
bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui
hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat
kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila
menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia
sama sekali tidak boleh menjawab.
29. Bersembunyi dari
manusia dan menentang Allah dengan Dosa
Orang munafik menganggap ringan
perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia
berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat.
Firman Allah SWT: “Mereka
bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal
Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan
rahsia yang Allah tidak redhai…” (An-Nisa’: 108)
30. Senang dengan Musibah
yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap kebahagian mereka
Orang munafik apabila mendengar berita
bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan
berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya
Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah
tertimpa musibah begini dan begitu… semoga Allah memberi kesabaran kepada kami
dan beliau.” Padahal,
di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.
“Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu, Orang yang
berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa, Orang yang berfikiran
rendah banyak memperkatakan diri sendiri.”
Wallahu
A’lam Bish Shawab (Hanya Allah
Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment