Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Menilai Hukum Hudud Dari Segi Saintifik

Sumber: Dr. Jamnul Azhar  |  http://fitrahworld.blogspot.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  15:42:18  |  22042012


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An-Nur, ayat 2)

Pandangan Ulama Tafsir

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Read More >>

HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH

Sumber: http://drmaza.com
Tulisan : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dicatat Oleh:  Bicara Marhaen  |  16:11:22  |  22042012


Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Read More >>

Hudud: Undang-Undang Yang Paling Rasional

Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com
Dicatat Oleh Bicara Marhaen  |  15:47:19  |  22042012


Terdapat pelbagai persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud, antaranya; 

Persoalan Pertama:
Undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan Isu:
Katakanlah kita terima bahawa hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya adakah apa sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja?

Jika benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan, tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya dilaksanakan.

Undang-undang sedia ada,
sememangnya bermasalah
Adakah meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau 'dosa' yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda?

Selanjutnya adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang baik dan tidak menzalimi rakyat? Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)Akta PolisAkta HasutanAkta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Universiti dan Universiti Kolej (Auku) adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah, undang-undang tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan.

Menzalimi Rakyat

Tetapi siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti menzalimi rakyat yang tidak berdosa.

Sehingga kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda atau dimansuhkan masih terus berkumandang. Meskipun undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk dipinda atau dimansuhkan?


Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan? Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus dipinda.


Read More >>

Wednesday, April 18, 2012

Kisah Rasul Allah: Nabi LUTH a.s.


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:37:18  |  19042012


Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan . Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya
Read More >>

Nabi IBRAHIM a.s. Dengan Orang Majusi


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:32:17  |  19042012


Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Read More >>

Kisah Rasul Allah : Nabi IBRAHIM a.s


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:27:16  |  19042012


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh a.s. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan."

Kerajaan Babylon pada masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mereka. Akan tetapi tingkatan hidup rohani mereka masih berada di tingkat jahiliah. Mereka tidak mengenal Tuhan Pencipta mereka yang telah mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Persembahan mereka adalah patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah.

Raja mereka Namrud bin Kan'aan menjalankan tampuk pemerintahnya dengan tangan besi dan kekuasaan mutlak. Semua kehendaknya harus terlaksana dan segala perintahnya merupakan undang-undang yang tidak dapat dilanggar atau di tawar. Kekuasaan yang besar yang berada di tangannya itu dan kemewahan hidup yang berlebih-lebihan yang ia nikmati lama-kelamaan menjadikan ia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Ia merasakan dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Ia berfikir jika rakyatnya mahu dan rela menyembah patung-patung yang terbina dari batu yang tidak dapat memberi manfaat dan mendatangkan kebahagiaan bagi mereka, mengapa bukan dialah yang disembah sebagai tuhan. Dia yang dapat berbicara, dapat mendengar, dapat berfikir, dapat memimpin mereka, membawa kemakmuran bagi mereka dan melepaskan dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia yang dapat mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina diangkatnya
Read More >>

Kisah Rasul Allah : Nabi SALLEH a.s


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:24:15  |  19042012


Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian lelaki dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi- lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)

Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Dakwah Nabi Saleh cukup menggoncangkan masyarakat. Nabi Saleh terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah SWT mengutusnya
Read More >>

Kisah Rasul Allah : Nabi HUD a.s


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:20:14  |  19042012


"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai
Read More >>

Kisah Rasul Allah : Nabi NUH a.s


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:15:13  |  19042012


Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Di sinilah iblis memanfaatkan kesempatan, dan ia membisikkan kepada manusia bahawa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak
Read More >>

KISAH HABIL DAN QABIL PUTERA NABI ADAM a.s.


Dicatat oleh: Bicara Marhaen  |  01:56:13  |  18042012


Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".

Kedua orang  tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang penternakan.
Read More >>

Kisah Rasul Allah: Nabi ADAM a.s

Sumber: http://harmoni-my.org
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:45:12  |  18042012


Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."

Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'

Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Read More >>

Monday, April 16, 2012

Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah

* Bahan Ilmiah Ini Telah Dikemukakan Kepada Universiti Terbuka Malaysia
* Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  01:32:11  |  17042012


PENDAHULUAN
          Pemakanan merangkumi hubungan makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) tubuh manusia, termasuklah metabolisme makanan, nilai pemakanan sesuatu jenis makanan, keperluan makanan daripada segi kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti, perubahan dalam keperluan nutrien dan makanan yang mengiringinya atau mencegah penyakit dan faktor-faktor sosio ekonomi, psikologi, sosial dan juga budaya yang mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan.
            Menurut Coralie Mathews ( 2001) kesihatan kanak-kanak ialah kesihatan yang merujuk kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan sosial sekitar kanak-kanak, ahli keluarga mereka dan seluruh ahli masyarakat;
“ Health includes the physical, mental, spiritual and social wellbeing of children, their families and the whole community.”
            Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan pemakanan ialah dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik penting iaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu memastikan bahawa mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi. Karbohidrat diperlukan kerana ia menjadi sumber tenaga, manakala protein diperlukan kerana ia membantu pembinaan tubuh dan otot. Vitamin pula berperanan sebagai nutrien yang mencegah penyakit dan membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan. Zat besi penting untuk pembentukkan enzim kerana ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu bahan kimia ke peringkat yang lain.

Read More >>

Kesihatan Diri Dan Keluarga

* Bahan Ilmiah Ini Telah Dikemukakan kepada Universiti Terbuka Malaysia
* Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  01:02:09  |  17042012





PENDAHULUAN
          Peringkat paling mencabar dalam kehidupan seseorang individu ialah ketika dalam usia remaja lingkungan 17 hingga 21 tahun. Pada peringkat ini, seseorang remaja itu mulai menempuh gelora perjuangan hidup sebenar. Perubahan bentuk fizikal dalam meniti usia remaja turut menimbulkan perasaan dan keinginan di dalam jiwa sehingga boleh menimbulkan beberapa kesukaran serta masalah jika tuntutan itu tidak diarahkan mengikut panduan agama.
          Pada tempoh itu juga berlaku perubahan tingkah laku, sikap, nilai, malah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam lebih matang dan dewasa. Mereka adalah pewaris sah tamadun sesuatu bangsa untuk dilanjutkan dan dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang.
            Perkembangan era dunia globalisasi abad ini secara amnya telah menbawa satu arus pembangunan dan perubahan dalam institusi masyarakat dunia dan khususnya di negara kita sendiri. Walaubagaimana pun, kemajuan dan perkembangan yang ada tidak bermakna kerana generasi muda yang menjadi peneraju terjerumus dalam masalah sosial yang kini semakin meruncing.
            Remaja berkualiti adalah remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu dia tidak seratus peratus bergantung pada ibubapa atau orang lain. Remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan; dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah. Biasanya remaja yang suka berdikari ini mempunyai personaliti yang menarik iaitu dalam dirinya ada banyak sifat positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatin dan peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk.

Read More >>

Tuesday, April 3, 2012

Perundangan Islam Yang Fleksibel

* Bahan Ilmiah Ini Telah Dikemukakan kepada Universiti Malaysia Sabah
* Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  16:26:56  |  03042012



PENDAHULUAN
            Sesungguhnya Syariah Islam adalah Syariah terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Perutusan tersebut adalah melalui RasulNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Syariah ini adalah perundangan yang kekal untuk semua masa dan tempat.
            Kebelakangan ini, seruan yang mengajak ke arah mengenepikan Syariah makin mendapat sambutan. Ini kerana, mereka menganggap bahawa Syariah Islam yang disyariatkan sejak seribu empat ratus tahun yang lampau sudah tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi ini. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa zaman sudah berubah dan sentiasa berubah, dan Syariah pula statik dan tidak berubah, kerana itu mengamalkan Syariah bererti kembali ke arah kemunduran dan ke belakang. Dan seruan untuk kembali mengamalkan Syariah bererti seruan mengajak manusia ke arah kemunduran. Syariah juga dikatakan sesuai untuk memajukan masyarakat Arab jahiliyyah pada satu abad yang lampau dan bukannya umat moden sejagat. Adakah dakwaan ini benar?
            Sebagai muslim sudah tentu kita menolak dakwaan ini. Kita menolak dakwaan ini bukanlah kerana taksubkan dengan Syariah Islam yang kita anuti ini, tetapi kerana realiti fakta yang sebenar adalah bercanggah dengan kenyataan dan dakwaan tersebut. Untuk menolak dakwaan ini, kita mestilah dahulu memperkenalkan Syariah dan ciri-cirinya yang membolehkan ia sentiasa relevan pada setiap masa, tempat dan keadaan.
Read More >>

Formula Perkongsian Kuasa Dan Kontrak Sosial Di Malaysia

* Bahan Ilmiah Ini Telah Dikemukakan Kepada Universiti Malaysia Sabah 
* Dicatat Oleh : -Bicara Marhaen-  |  16:04:12  |  03042012


PENDAHULUAN

Di antara dilema yang dihadapi negara yang mempunyai komposisi penduduk pelbagai kaum seperti Malaysia ialah untuk memastikan setiap kaum diwakili ataupun terbabit secara langsung dalam proses pentadbiran. Ia berkait rapat dengan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan yang dibentuk dapat memenuhi aspirasi setiap kaum yang pelbagai. Ini kerana setiap kaum mempunyai sistem kepercayaan serta kebudayaan mereka sendiri.

Oleh itu, kegagalan kerajaan yang dibentuk membuat keputusan yang mampu menyantuni kehendak setiap kaum, dikhuatiri akan mengakibatkan ketidakstabilan terutama sekali di peringkat akar umbi. Keadaan diburukkan lagi seandainya kerajaan yang memerintah, membuat keputusan ataupun dasar berasaskan kepada persepsi ataupun kehendak sesebuah etnik semata-mata.

Pakar sains politik terkemuka, Arend Lijphart[1], menawarkan penyelesaian kepada persoalan ini. Beliau memperkenalkan konsep Consociational Democracy yang kini diamalkan di Belgium, Belanda serta beberapa negara di Eropah. Dalam konsep ini, setiap etnik mempunyai peluang untuk berpartisipasi secara langsung dalam proses penggubalan dasar serta pentadbiran, melalui pemimpin yang dipilih untuk mewakili sesuatu etnik.

Read More >>

Monday, April 2, 2012

TOKOH : (Biodata) Kenali Nabi Muhammad SAW


Sumber: http://bloginfo4uall.blogspot.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  19:02:44  |  01042012

Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Read More >>

Wednesday, March 28, 2012

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmalah & Takbir

Sumber: http://www.harian-metro-online.com | Dicatat: -Bicara Marhaen- | 0514pm | 28MAC2012

Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.

Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:
Read More >>

Wednesday, March 21, 2012

Insan KAMIL

Sumber: http://sufiroad.blogspot.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen- | 0216am | 22March2012



         Insan KAMIL bermaksud manusia sempurna. Perkataan ini berasal dari kata AL-INSAN yang bererti ‘manusia’ dan AL-KAMIL yang bererti ‘sempurna’. Konsep filosofi ini bermula dari gagasan tokoh sufi Ibnu Arabi, iaitu oleh Abdul Karim bin Ibrahim al-Jili (1365-1428), pengikutnya, gagasan ini dikembangkan menjadi bahagian dari renungan mistik yang bercorak tasawuf filosofi.
         Al-Jili merumuskan insan kamil ini dengan merujuk pada diri Nabi Muhammad SAW sebagai sebuah contoh manusia ideal. Jati diri Muhammad SAW(al-haqiqah al-Muhammad) yang demikian tidak semata-mata difahami dalam pengertian Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT, tetapi juga sebagai nur (cahaya/roh) Ilahi yang menjadi asas kehidupan di alam maya ini.
Read More >>

Ibadat Berteraskan Ilmu

Sumber: http://ordinaryguy92.wordpress.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen- | 0210am  |  22March2012


         Ilmu pengetahuan merupakan sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.
         Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
ô`¨Br& uqèd ìMÏZ»s% uä!$tR#uä È@ø©9$# #YÉ`$y $VJͬ!$s%ur âxøts notÅzFy$# (#qã_ötƒur spuH÷qu ¾ÏmÎn/u 3 ö@è% ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3 $yJ¯RÎ) ㍩.xtGtƒ (#qä9'ré& É=»t7ø9F{$# ÇÒÈ
Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar Ayat 9)
  
Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...