Dicatat Oleh: Bicara Marhaen
| 15:42:18 |
22042012
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu
sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan
hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An-Nur, ayat 2)
Pandangan Ulama Tafsir
Hukuman keatas penzina
lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang
masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang.
Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman
keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi
disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada
lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula
selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih
merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan
orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini
menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan
rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang
belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang
telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara
lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu
Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu
daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang
membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada
jamaah orang-orang Islam”
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt
Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hudud
keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan
pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu
beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Hukuman hudud yang dijalankan di Somalia
|
Dan dirikanlah hudud
secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan
balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila
disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah
mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
"Allah S.W.T telah
memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan
penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi
peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1-
Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan
Islam. Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang
merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini
sangat jarang berlaku.
2-
Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami
yang boleh dikenali baginya.
Perbahasan
Apabila Allah menjadikan
manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang
dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan
akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang
dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan
penzinaan. Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua
kategori manusia yang melakukan
kesalahan itu ;
1.
Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2.
Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat
perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi
dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’
menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan
kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang
melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat
ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat
perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala
dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan
zina.
Rejam dilakukan ke atas pesalah zina yang telah berkahwin
|
Rejam sampai mati pula
adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana
penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang
boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan
merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab
bagi manusia jenis ini.
Hikmah Disebalik Perlaksanaan Hudud
Buat penzina yang belum
berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.
Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4
Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4
Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya
mengalami kelumpuhan dan fibrosis tidak lagi dapat lagi menghasilkan
sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit
akan menyerang.
Virus HIV menguasai T4 Limfosit (merah)
untuk menyerang sistem
badan
|
Pesakit jenis ini juga
mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera
dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan
sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara
terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di
bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula
antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas
antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit
tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka
telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan
dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah
menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina
jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam
sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan
dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang
lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah
Pelaksanaan Hudud
Sistem imuniti badan
manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara
Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri
kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100%
daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah
keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)
dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi
kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar
(foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas
imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.
Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.
Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan
tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun
yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun
terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak
balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud)
yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara
orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap
mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri
tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan
penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan
sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak
mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah
seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing
budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan
kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologi,
psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan
manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka
sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah yang menjadikan dan
menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta
sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment