Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Saturday, May 5, 2012

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:02:27  |  06052012


Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’atkepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Read More >>

30 Ciri Orang Munafik Sejati


Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  12:13:23  |  06052012

Firman Allah SWT  dalam Surah At-Taubah, ayat 67 :


“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.”

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Ada empat perkara, sesiapa  terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan Sesiapa  terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu: 1. Apabila dipercaya, dia khianat. 2. Apabila berkata, dia dusta. 3. Apabila berjanji, dia mungkir. 4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat.” (HR. Bukhari Muslim)

1.        Dusta 
         Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.” 
        
         Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.” 
Read More >>

Baitul Maqdis Adalah Sejarah & Masa Depan Ummah


Tulisan: Dr. Muzammil H.Siddiqi, mantan Presiden Persatuan Islam Amerika Utara
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:26:20  |  26042012


Baitul Maqdis adalah terlalu suci buat umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitul Maqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci).

Dalam usaha untuk memahami kesucian Bandar ini, seseorang itu perlu memahami struktur iman di dalam Islam.

Terdapat tiga prinsip asas:

  • Percaya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (Tauhid).

  • Percaya bahawa petunjuk Ilahi disampaikan menerusi rasul-rasul dan nabi-nabiNya yang terpilih (Risalah).

  • Percaya bahawa wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat), Hari pembalasan dan Syurga serta Neraka.
Read More >>

Penggalian Lubang Di Bawah Masjid Al-Aqsa Oleh Yahudi

Sumber: http://ustazdonut.blogspot.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  15:15:16  |  22042012


Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.
Read More >>

Friday, April 27, 2012

Ketika Cinta Bertasbih 2 (MOVIE)

Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  14:17:24  |  28042012


Genre:
Agama | Drama

Sinopsis:
Sembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Cairo memiliki sensasi yang luar biasa. Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap singgah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatmua berghairah melangkahkan kaki di lantai bandara.

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa "kealiman", tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cabaran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa Bu’e Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah.

Read More >>

Ketika Cinta Bertasbih 1 (MOVIE)

Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  14:00:23  |  28042012



Genre:
Agama | Drama

Sinopsis:
Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.

Read More >>

JIDIN SENGAL

Sumber: http://mediafire-movies.blogspot.com  |  http://www.ceritamamat.com
Dicatat Oleh: Bicara Marhaen  |  13:47:22  |  28042012


Sinopsis: 

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.

Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...