Carian Artikel (Mulakan Dengan Bismillah)

Monday, April 2, 2012

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran


Sumber: iluvislam.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:57:34  |  02042012

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
Read More >>

JOM! Muhasabah : 03

Sumber: http://appleohapple.blogspot.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:48:22  |  02042012
1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong.
2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya.
3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara'nya.
4. Sesiapa yang kurang wara'nya nescaya hatinya mati.

Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah SWT. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap Allah SWT.
Read More >>

JOM! Muhasabah : 02

Sumber: http://www.youtube.com/  |  Dikumpul Oleh: -Bicara Marhaen-  |  17:35:45  |  02042012


Kita suka apabila di puji.....
Tetapi...... kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam semulajadi?
Kita juga sangat suka apabila kita dicintai.....
Tetapi.... kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izatti?
Kenapa kita jadi begini?
Ketuk hati.... Koreklah peribadi
........Muhasabah diri........


* Kisah Kolam Al Kauthar


* Hukum Hudud 1


Read More >>

JOM! Muhasabah : 01


Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  15:24:12  |  02042012

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 286)
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Read More >>

Sunday, April 1, 2012

Permainan "Angry Birds"

Sumber: http://ceritasekupang.blogspot.com  |  http://tehparadox.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  11:59:05  |  02042012


Permainan burung marah atau lebih dikenali sebagai "Angry Birds" sangat popular pada ketika ini. Sudah tentu ramai yang pernah bermain dan mendengar mengenai permainan tersebut. Permainan ini mula popular di Malaysia pada awal tahun 2011 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun pelancarannya. Permainan ini dimajukan oleh salah satu syarikat Finland yang bernama Rovio Mobile. Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji usul-usul untuk permainan yang berpotensi. 


Salah satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo, dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya. Ketika itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat,
Read More >>

Islam dan Yahudi

Tulisan Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis. Kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. 
Sumber: http://www.malaysiakini.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen  |  20:50:37  |  01042012

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.


Read More >>

Akses Laman WEB Yang Di Blok | Tukar DNS Setting

Sumber: http://hu-allah.blogspot.com  |  Dicatat Oleh: -Bicara Marhaen-  |  21:50:22  |  01042012

Kepada semua pengguna Steamyx dan pengguna P1 Wimax atau sebarang broadband. Berikut adalah cara bagaimana untuk bypass ke laman web yang telah diblok atau tidak dapat di akses. Cara ini adalah hanya menukar setting DNS server. Cara ini sangat popular dan sering digunakan untuk melajukan akses internet di komputer anda.

Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...